Peperangan Di Palestine, Kemunculan Imam Al Mahdi Jadi Nyata.


Imam Mahdi atau dalam bahasa arab Al-Mahdi adalah seorang Muslim berusia muda yang akan dipilih oleh Allah S.W.T untuk menghancurkan semua kezaliman dan menegakkan keadilan yang terjadi di muka bumi sebelum datangnya hari Kiamat.

Tujuh tanda-tanda hari kiamat bakal terjadi berdasarkan hadis riwayat Muslim, Ibn Hibban dan lain-lain bahawa Nabi SAW bersabda: "Tidak berlaku kiamat sehingga Tanah Arab kembali menjadi bumi yang menghijau dan sungai-sungai".

“Kemudian salji memang saban tahun turun di Jordan, Palestin dan Syria sejak sekian lama, maka itu bukan tanda kiamat.

“Hadis itu sebut Tanah Arab kembali menjadi hijau dan sungai bererti dahulu telah pun demikian keadaannya. Apabila Jazirah Arab (Saudi), Iraq, Yemen, Syria, Jordan, Palestin dan sekitar menghijau dan banyak sungai maka itu itu tanda kiamat.

Difahamkan, bumi juga akan dipenuhi huru-hara dan peperangan serta kezaliman yang saban hari makin meningkat sehingga ke hari-hari yang akan datang.

Dan ini sudah terjadi antaranya pembunuhan-pembunuhan seperti yang saat ini terjadi di Yaman, Suriah, Palestin, Mesir dll.

Manakala banyak fitnah-fitnah atau kezaliman-kezaliman yang terjadi di negera Syam, negara Syam merupakan terdiri daripada lima buah negara iaitu Palestin, Iraq, Jordan, Syria dan Turkey. Dan kini terjadi kekejaman di Palestin oleh Israel.

Seterusnya adalah apabila wafatnya seorang Raja Arab yang menyebabkan tiga putera mahkota saling bergaduh antara satu sama lain.

Mereka bergaduh kerana dikatakan memiliki perbezaan prinsip dan karakter dan tiga putera mahkota tersebut adalah Raja Salman, Thalal dan Mukrim. Raja Salman ialah seorang soleh dan anti maksiat dan beliau adalah hafidz Quran sedangkan Thalal memiliki ekonomi terkuat bahkan salah seorang yang terkaya di dunia namun dia adalah ahli maksiat. Sementara itu, Mukrim kesetiaanya lebih ke yahudi dan Amerika.

Semenjak sepeninggalan Raja Abdullah, Raja Salman telah memimpin Arab Saudi dan dikatakan Raja Salman telah mengusir Thalal dari kerajaan sedangkan Raja Salman membiarkan Mukrim tetap di kerajaan namun telah mencabut hak beliau sebagai raja berikutnya.

Difahamkan, NASA pernah memberitahu bahawa tahun 2014 sungai Eufrat akan habis keseluruhannya apabila sungai Eufrat dikatakan mengering. Dan terbukti bahawa pada April 2014 sungai eufrat sudah kering keseluruhannya.

Setelah itu muncul pula gunung emas di Iraq lalu orang akan berduyun-duyun merebut untuk ke sana dan dikatakan dari seratus orang lelaki yang berperang di sana maka sembilan puluh sembilan orang akan mati.Namun Amerika nampaknya sudah tahu keberadaan gunung emas tersebut. Oleh kerana itu, mereka telah mempersiapkan strategi untuk merampas gunung emas tersebut.

Kemudian muncul Ad Dukhon iaitu asap kabus yang sangat tebal selama 40 hari 40 malam sampai asapnya membuat kita tidak boleh melihat lagi dan dunia akan terasa gelap gelita. Pakar juga menyakini bahawa hal ini terjadi disebabkan perlanggaran besar asteroid atau meteor ke bumi.

Penyelidik NASA mengatakan bahawa rangkaian 2013-2016 dunia akan memasuki saluran sungai meteor di mana terdapat 1300 meteor yang akan melanda bumi dengan kelajuan 120,000 km / jam.
Tahun 2013 baru sahaja berlaku tiga kali iaitu di Siberia, Argentina dan Amerika. Selebihnya mungkin tahun ini atau tahun depan. Wallahu A'lam.

Kebangkitan Dukhon adalah penghujung era teknologi kerana semuanya tidak akan berfungsi akibat kesan elektromagnet dari kesan meteor itu sehingga zaman akan kembali seperti zaman dahulu kala.

Setelah itu, Imam Mahdi akan muncul di Kabah. Ia akan bai'ah oleh tujuh ulama besar yang membawa pengikut seramai 300 orang yang dimana jumlah sama dengan pasukan perang Badar.
Pada mulanya dia selalu menolak tetapi Allah SWT akhirnya menguatkannya untuk menjadi pemimpin Islam pada masa itu.

Namun ada penjelasan lain bahawa Ad Dukhon dan hujan meteor akan segera datang apabila ketiga tanda ini sudah terjadi antaranya seperti banyak munculnya penyanyi-penyanyi wanita, banyaknya muzik dan alat-alat muzik dan banyaknya orang yang meminum khamr iaitu minuman yang memabukkan.
Apabila terjadi dukhon maka keadaan manusia sama seperti ketika Nabi Yunus berada di dalam perut ikan, gelap, tiada oksigen, tiada makanan. Maka Nabi SAW mengajarkan kita supaya berzikir 'La ilaha illa anta subhanaka inkuntu minadzolimin' seperti zikir Nabi Yunus.

Dengan iman dihati kita dan doa zikir tersebut maka pengaruh Dukhon tersebut seolah olah hanya membuat kita lemas sedikit seperti mengalami selsema.

Negara-negara kafir dikatakan nampaknya sangat percaya akan munculnya hujan meteor tersebut kerana Amerika, Rusia, Singapura dll pada ketika telah membuat kubu yang besar yang boleh menampung ratusan ribu orang dengan kemudahan dan persediaan makanan yang cukup untuk beberapa bulan.

Setelah munculnya Imam Mahdi maka kita akan kembali ke wang emas dan (dinar dan dirham) kerana wang kertas pasti sudah tidak digunakan lagi.

Al Mahdi akan memimpin umat islam untuk membebaskan seluruh bumi sehingga seluruh dunia akan dipimpin oleh umat islam melalui sistem khalifah.

Negara-negara yang ditaklukan akan disatukan kembali dan diberi nama yang sama ketika zaman Nabi misalnya negara Yaman, Syria, Lebanon dan Palestin akan disatukan dan diganti nama menjadi Negeri Syam.

Bila sudah terjadi huru hara di negeri Syams, maka Nabi menyarankan agar kita segera berlumba-lumba untuk beramal baik kerana akhir zaman semakin dekat. Misalnya solat jemaah di masjid, sedekah, puasa, tahajud, baca Quran, hafal quran dsb.

Mengikut hadis Nabi, umat islam juga diperintahkan untuk mahir berkuda, memanah dan berenang.
Dan ini mungkin kerana saat itu berakhirnya era teknolgi.Hanya iman dan amal soleh yang akan menyelamatkan kita

Al Mahdi dikatakan akan muncul ketika tahun-tahun dimana banyak terjadinya peperangan berterusan di Arab pada bulan Ramadhan dan kerajaan Arab bergaduh sesama sendiri maka tahun itu meteor jatuh, dukhon terjadi dan jemaah haji akan diserang di Mina pada bulan Dzulhijjah lalu Al Mahdi akan muncul di bulan Muharam.

Ketika Al-Mahdi sudah muncul di Mekah, semua orang yang beriman akan datang ke Mekah untuk bai-ah Al-Mahdi sebagai pemimpin Umat Islam.

Semoga ini menambah keyakinan kita terhadap akan datangnya hari kiamat dan membuat kita semakin bersemangat untuk melakukan amal-amal kebaikan di dunia.