Perangkap Maut" Di Padang Merdeka..


KUCHING – Seorang lelaki ditemui mati lemas didalam terusan air bawah tanah yang sedang dalam pembinaan di jalan Tun Abang Haji Openg berdekatan Padang Merdeka, Kuching.

Mangsa, Dina Dzulkarnain bin Asan, 29 Tahun, menunggang sebuah motorsikal dipercayai terlanggar penghadang jalan sebelum terjatuh ke dalam lubang yang dipenuhi air sedalam hampir dua kaki ditengah jalan tersebut.

Mangsa dihimpap motosikal sendiri, mayat mangsa ditemui dibawah motorsikal yang terbenam didalam air.

Pihak polis, ambulan (Hospital Umum Sarawak) serta bomba (Balai Bomba dan Penyelamat Padungan) dikejarkan ke tempat kejadian setelah dimaklumkan oleh orang awam akan kejadian tersebut pada jam 7 pagi.


Seorang pengguna jalanraya meluahkan perasaan kesal kerana, pembinaan terusan tersebut mengambil masa begitu lama sehingga menjadi "perangkap maut" khususnya kepada pengguna motorsikal. – Editor: Atila Atasha