Percaya Isteri Tiada Dara, Suami Bunuh Isteri

LONDON - Seorang suami bertindak kejam dengan mengelar leher isterinya hingga maut hanya kerana dia dikatakan ditipu oleh isterinya bahawa dia masih dara.

Tertuduh, Arben Rexha telah membunuh isterinya, Elidona, 25, dalam kejadian di Islington selepas dia dikatakan taksub dan ingi tahu mengenai hubungan silam isterinya dengan lelaki lain.

Kekejaman yang dilakukan oleh suaminya itu mengakibatkan Elidona hampir putus kepala. Difahamkan, ia berlaku selepas tiga bulan wanita itu berpindah ke United Kingdom (UK) dari Albania.

Namun Arben yakin bahawa pada sebelum ini isterinya telah menggugurkan anak hasil hubungan dengan bekas kekasihnya. Elidona dikatakan tiba di UK selepas perkahwinan mereka diatur oleh keluarganya.

Dimaklumkan bahawa mereka berdua telah menetap bersama selama 12 minggu ketika kes bunuh ini berlaku.

Difahamkan, pada hari kejadian, Elidona ketika itu berada di rumah kawannya di Luton dan apabila Arben menyuruhnya pulang, dia balik ke rumah mereka.

"Arben menyangka bahawa isternya bertemu dengan lelaki lain dan ia menyebabkan suaminya cemburu dan dia juga telah memberitahu polis bahawa isterinya telah dirogol oleh orang lain.

Sementara itu, Arben juga dikatakan begitu obses dengan dara Elidona dan cuba mencari maklumat di internet untuk mengetahui jika seseorang itu masih dara atau tidak.

"Manakala mayat Elidona ditemui dengan kesan tikaman di leher dan lengan. Arben juga mengaku bahawa dia telah melakukan pembunuhan tersebut." kata jurucakap polis. Sumber: Tv14.my. Editor: Atila Atasha.