Selasa, 5 Disember 2017

Perut Terburai Ditikam Adik Ipar



Seorang lelaki kini kritikal selepas diserang adik iparnya di dalam sebuah bas di Chicago, Illinois, yang turut menyebabkan perut mangsa terburai.

Mangsa yang berusia dalam lingkungan 50-an tahun ditikam berpuluh-puluh kali selepas kedua-duanya dikatakan terlibat dalam satu pertengkaran.

Suspek, Darnell R.Scott, 37, didakwa menikam abang iparnya di perut, kaki serta belakang kepala dengan pisau lipat.

Video yang diambil menerusi kamera telefon bimbit dan diperoleh ABC 7 menunjukkan dua lelaki terbabit dalam pergaduhan di tempat duduk belakang sebuah bas di Chicago, Illinois, Amerika Syarikat.

Namun ketika prosiding di makhamah, perut mangsa terburai dalam serangan itu, kata Penolong Peguam Negara, Craig Taczy.

Tertuduh juga didakwa kerana menyerang mangsa di hadapan penumpang lain.

Suspek juga tidak dibenarkan ikat jamin dan insiden itu berlaku kira-kira jam 6.30 petang Khamis lalu.

Pergaduhan berlaku dengan si abang ipar ditumbuk dan dipukul sebelum ditikam berkali-kali oleh Darnell yang menghadapi tuduhan menyerang dan menyebabkan kecederaan.

Apabila kedua-dua lelaki jatuh ke lantai bas, Darnell mengeluarkan pisau lipat dan menikam mangsa serta ‘membelah’ perut mangsa.

Abang iparnya dikejarkan ke Hospital Stroger dalam keadaan kritikal manakala Darnell yang ditahan, turut cedera dan dibawa ke hospital untuk rawatan sebagai pesakit luar. Sumber: Mstar Online. Editor: Atila Atasha
loading...