Ramalan Wanita buta Pada 1996 'China Kuasai Dunia Pada 2018'


BULGARIA - Seorang wanita buta yang berasal dari Bulgaria meramalkan bahawa China akan mengatasi Amerika Syarikat sebagai kuasa dunia pada tahun 2018.

Baban Vanga yang dikenali sebagai 'Nostradamus dari Balkan itu membuat andaian ramalan sehingga abad ke-51 sebelum dia meninggal dunia, menurut beberapa individu yang mempercayai kuasa ghaib.

Namun difahamkan Vanga juga meramalkan satu bentuk tenaga baharu akan ditemui di Planet Zuhrah pada tahun hadapan.

Namun difahamkan sehingga kini tiada lagi pihak yang membuat perancangan menghantar misi penerokaan ke planet Zuhrah sekali gus menunjukkan penemuan tenaga baharu di planet itu tidak mungkin menjadi kenyataan.

Tukang tilik buta tersebut juga sempat meramalkan beberapa perkara besar yang akan mengubah dunia sebelum mati pada tahun 1996 ketika berusia 85 tahun.

Manakala kejadian besar yang pernah diramalkan  ialah mengenai 'dua burung besi' yang menyerang AS iaitu merujuk kepada serangan 9/11 pada tahun 2001, iaitu kehadiran militan Daesh di Eropah dan peristiwa Brexit.

Wanita tua itu telah meramalkan bahawa penduduk dunia akan kelaparan menjelang tahun 2028, dimana koloni di planet Marikh akan mempunyai kuasa nuklear pada 2256 dan Bumi tidak akan berpenghuni pada tahun 2341. Sumber: Agensi. Editor: Atila Atasha