Rantai Gergaji Makan Badan, Tubuh Di Perkosa


SIBU – Remaja wanita, 14 tahun dibelasah menggunakan rantai gergaji serta dirogol oleh teman lelakinya semalam di Sungai Bidut,

Lelaki berusia 27 tahun di tahan pihak polis, dikatakan dalam kejadian jam lebih kurang 4.00 petang, suspek membelasah mangsa selepas remaja berusia 14 tahun itu keluar rumah berkenaan tanpa pengetahuannya.

Ketua Polis Daerah Sibu Asisten Komisioner Zailani Amit berkata, tindakan suspek itu menyebabkan mangsa cedera di belakang badan akibat libasan rantai gergaji berkenaan.

Siasatan awal mendapati, suspek dan mangsa sudah tinggal bersama di rumah pekerja ladang kelapa sawit tempat lelaki terbabit bekerja sejak Januari lalu.

"Suspek mula tidak berpuas hati dengan mangsa selepas hasratnya untuk mengahwini teman wanitanya itu tidak diterima kerana sikap lelaki terbabit yang cemburu buta dan panas baran.

"Namun kemuncak kemarahan suspek berlaku selepas mengetahui mangsa keluar dari rumah berkenaan untuk bertemu rakan dan tidak dimaklumkan kepadanya terlebih dulu," katanya.

“mangsa yang tidak tahan dengan sifat cemburu buta suspek serta panas baran, selain bimbang akan terus dibelasah kemudiannya tampil membuat laporan polis pada hari yang sama.

“mangsa dibawa ke Hospital Sibu untuk pemeriksaan lanjut, mangsa mendedahkan dia dan suspek sudah beberapa kali melakukan hubungan seks sejak berkenalan dengan teman lelakinya itu sejak Januari tahun lalu”, katanya.

"Bertindak atas laporan dan maklumat yang diterima sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu kemudiannya menahan suspek dan merampas seutas rantai gergaji yang digunakan untuk membelasah mangsa dalam kejadian itu.

"Suspek kini di reman selama empat hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan (KK) kerana Merogol dan Seksyen 324 KK Kerana Mendatangkan Kecederaan," katanya.


Tambahnya, mangsa kini diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk pemantauan sehingga arahan selanjutnya dikeluarkan oleh pihak Mahkamah. – Sumber: Metro, Editor: Atila Atasha