Isnin, 11 Disember 2017

Remaja 14 Tahun Bertindak Kejam!!! Rebus Bayi Bagi Anjing Makan.


MEDAN - Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun tergamak merebus mayat bayi yang dia baru lahirkan sebelum diberi makan kepada anjing peliharaan jirannya di Kota Sidempuan, Medan.

Perbuatan kejam itu diketahui oleh warga sekitar kawasan itu selepas anjing itu dikatakan membawa mayat bayi yang sudah direbus ke hadapan rumah tuannya untuk di makan.

Kata seorang penduduk di sekitar itu yang dikenali sebagai Ardi berkata, "saya menyangka anjing itu mencuri dan memakan ayam rebus tetapi selepas saya melihat dengan lebih dekat rupanya ia bukan ayam."

Disebabkan terkejut dengan apa yang ia lihat, Ardi kemudian terus mendapatkan bayi berkenaan sebelum memaklumkannya kepada penduduk lain dan pihak polis.

Dari hasil siasatan pihak polis mendapati bahawa remaja perempuan terbabit sebagai suspek utama dengan bukti-bukti kukuh kerana keadaan suspek mencurigakan.

Namun menurut ibu bapa suspek, mereka langsung tidak mengetahui bahawa anak gadis mereka itu hamil walaupun merupakan anak tunggal dalam keluarga dan katanya anak mereka selalu mengurung diri di dalam bilik selepas habis sekolah.

Pihak polis telah juga telah menahan seorang remaja yang dipercayai ayah dari bayi malang berkenaan.

Dimaklumkan bahawa keduanya mula menjalinkan hubungan cinta sejak dua tahun lalu dan dikatakan kerap melakukan hubungan intim selepas balik dari sekolah. Dan gadis itu telah mengaku ketika dalam siasatan. Sumber: Eberita