Remaja Lelaki bunuh diri dipaksa kahwin


Gara-gara tidak dapat membayar wang pampasan, seorang remaja lelaki dipaksa berkahwin dengan kakak ipar sendiri.

Remaja lelaki, Mahadev, 15 tahun yang tinggal di daerah Gaya ,India, telah menggantung diri selepas 2 hari berkahwin dengan bekas kakak iparnya. Abangnya telah meninggal dunia akibat dari renjatan elektrik.

Remaja berkenaan tidak bersetuju untuk dikahwinkan dengan kakak iparnya, Ruby berusia 25 tahun kerana telah menganggap seperti ibunya sendiri yang telah menjaganya sejak kecil lagi.

Keluarga Mahadev telah menerima wang pampasan untuk kematian abangnya sebanyak Rs 80,000 tetapi pihak keluarga Ruby meminta kesemua wang pampasan berkenaan sebagai ganti rugi wang hantaran perkahwinan dahulu.

Keluarga Mahadev sudah menyerah Rs 27,000 dan berjanji akan memberi selebihnya nanti namun terus digesa keluarga untuk memberikan baki segera atau mengahwinkan Ruby dengan anak lelaki mereka.

Kes ini dalam siasatan polis dan keluarga remaja tersebut akan didakwa kerana terlibat dalam perkahwinan kanak-kanak.  Editor : Nsuhaili