Isnin, 4 Disember 2017

Remaja Mengaku Cabul 50 Kanak-Kanak.


CALIFORNIA - Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun yang dituduh telah mencabul dua kanak-kanak lelaki, akhirnya mengaku melakukan perbuatan itu terhadap lebih 50 kanak-kanak sejak lapan tahun lalu.

Suspek, Joseph Hayden Boston telah ditahan pada Sabtu lalu apabila dia dibawa oleh ibunya sendiri ke balai polis sebaik remaja itu memaklumkan beliau telah mencabul dua kanak-kanak lelaki berusia di antara 4 tahun dan 8 tahun di sebuah motel di Riverside, di sini, beberapa jam sebelum itu.

Menurut dalam satu kenyataan Jabatan Polis Riversie berkata, suspek telah menetap di motel itu dan menjalinkan persahabatan dengan kedua-dua mangsa yang turut menetap di premis berkenaan bersama ibu bapa mereka.

Boston dikatakan menghubungi ibunya dan telah menceritakan mengenai kejadian itu sejurus selepas melakukan perbuatan terbabit, kata jurucakap polis, Ryan Railsback.

"Pegawai bertugas telah menyoal suspek dan Boston telah mengaku melakukan serangan seksual ke atas mangsa di dalam biliknya.

Katanya lagi, "dia turut mengaku telah mencabul lebih 50 kanak-kanak lelaki lain sejak berusia 10 di bandar berbeza yang didiaminya selama ini. "

Kedua-dua mangsa kini berada dalam jagaan Jabatan Perkhidmatan Perlindungan Kanak-Kanak Riverside.

Boston telah didakwa dengan di atas dua pertuduhan melakukan seks oral ke atas kanak-kanak berusia di bawah 10 tahun dan dia telah dihantar ke penjara daerah dengan jaminan sebanyak AS$ 1 juta (RM4.09 juta). Sumber: Berita Harian Online. Editor: Atila Atasha
loading...