RM1 Juta Dalam Kotak Kasut, SPRM Tangkap Pegawai PDRM.


IPOH - Wang tunai sebanyak RM1 juta dan barangan kemas dalam kotak kasut dan peti ais ditemui oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di rumah seorang Asisten Komisioner Polis.

Dipercayai wang tersebut daripada hasil suapan yang diterima pegawai kanan polis terbabit, ketika bertugas sebagai Ketua Polis Daerah sebelum ini.

Pegawai yang juga berusia 59 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan salah laku dan rasuah, dia juga yang kini bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak.

Dimaklumkan bahawa isteri pegawai dan seorang ahli perniagaan juga turut direman.

Suspek ditahan di pejabat SPRM, Perak jam 7.30 malam semalam bersama isterinya yang berusia 54 tahun dan seorang ahli perniagaan wanita berusia 34 tahun bagi membantu siasatan, kata SPRM dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Daripada hasil siasatan awal SPRM mendapati bahawa ahli perniagaan tersebut dipercayai mempunyai kepentingan dengan pegawai polis terbabit ketika bertugas sebagai Ketua Polis Daerah dan memberikan sejumlah wang tunai untuk majlis perkahwinan anak suspek yang diadakan pada Februari tahun ini.

Difahamkan, ahli perniagaan wanita terbabit telah memasukkan wang sebanyak RM70,000 ke dalam akaun isteri pegawai polis berkenaan dengan dua transaksi iaitu sebanyak RM20,000 dan RM50,000.

"Disebabkan itu pasukan penyiasat SPRM telah menjalankan operasi penggeledahan di rumah pegawai polis berkenaan dan menemui wang tunai hampir RM1 juta serta barangan kemas yang diletakkan ke dalam kotak kasut dan peti besi," kata kenyataan itu.

Penahanan ketiga-tiga individu terbabit disahkan oleh Pengarah Kanan Jabatan Siasatan SPRM, Datuk Simi Abdul Ghani dan kesemua suspek ditahan di SPRM negeri untuk siasatan dan memeberikan keterangan.

Dan ketiga-tiga suspek direman selama lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 16 (a)(A) Akta SPRM 2009. Sumber: Berita Harian Online. Editor: Atila Atasha