Rugi Ratusan Ribu, Beg Aliff Syukri Dicuri.


Pengasas kosmetik D'Herbs Terlajak Laris, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman dipercayai kerugian hampir ratusan ribu ringgit selepas begnya dicuri ketika di Sepanyol bagi menjalani penggambaran video muziknya, "Abang Nak Tegur."

Perkara itu telah dimaklumkan oleh beliau di akaun Instagramnya pada Selasa dengan memuat naik gambar seorang lelaki yang dilakar dengan bulatan merah.

"Ada sesiapa kenal mamat dalam bulatan merah ini? Ini adalah salah satu benda tragis yang berlaku semasa saya di Sepanyol."

"Dia 'rembat' beg sandang Salvatore Ferragamo semasa saya tengah leka berlatih, jadi lesaplah wang tunai yang saya bawa berjumlah 4,000 euro (RM19,151), kad kredit, IC (kad pengenalan), serta jam Cartier bernilai kira-kira RM100,000." tulisnya di Instagramnya.

Bagaimanapun Aliff tidak menyatakan secara terperinci mengenai waktu dan lokasi kecurian, tetapi difahamkan beliau telah membuat laporan polis berhubung insiden tersebut.

Tambah Aliff, beliau terpaksa juga meneruskan hari-hari terakhirnya demi menyiapkan penggambaran video muzik bertajuk ‘Abang Nak Tegur’.

Jelasnya, "saya gigihkan juga demi nak menyiapkan MTV. Hanya Allah sahaja yang tahu dugaan saya yang tak dikongsikan," katanya yang telah pulang ke tanah air.

Penggambaran video muzik di Sepanyol baru-baru ini turut disertai usahawan kosmetik, Nur Sajat yang turut menyanyi dalam lagu tersebut. Sumber: Mstar Online, Editor : Atila Atasha