Selasa, 12 Disember 2017

Saya Lihat Bayangan Anak Melambai-lambai Pergi, Mereka Menunggu Saya Di Syurga.


IBU kepada tiga beradik yang maut dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat Jalan Kuala Kangsar- Gerik berhampiran Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Lenggong, semalam, tetap tabah walaupun tidak dapat melihat wajah anaknya untuk kali terakhir.

Jenazah pasangan kembar Muhammad Hanif Ismail dan Nur Ain Hanifah berusia lapan tahun serta kakak mereka Nur Ain Hafizah, 22, selamat di semadikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kuin, Kuantan, kira-kira jam 12 tengah hari, hari ini.

Tiga beradik maut manakala bapa Ismail Yaacob 53 dan ibu Zarina Yong 44 parah, seorang lagi anaknya Nur Ain Harizah 13 cedera selepas kenderaan Honda HRV di naiki di rempuh sebuah treler.

Selain merempuh Honda HRV, treler itu turut merempuh tiga lagi kenderaan lagi iaitu Nissan Grand Livina, Toyota Hilux dan Nissan Sentra sera menyebabkan dua lagi mangsa menaiki Grand Livina cedera.

“Saya reda dengan pemergian anak-anak, mereka semua menunggu saya di syurga,” katanya.

Ketika ditemui di Hospital Taiping, Zarina sudah mengetahui pemergian ketiga-tiga anak kesayangannya itu serta akan di kebumikan hari ini.

Mengigatkan kejadia tragedy itu dia berkata, “mereka sekeluarga dalam perjalanan pulang ke Terengganu dari rumah anak sulung di Baling, Kedah selepas menjemput Nur Ain Hafizah yang sedang menuntut di sebuah kolej kejururawatan di Sungai Petani, Kedah”.

“Kami memang sudah dalam perjalanan untuk pulang namun berpatah balik kerana mahu singgah makan durian di Perak, segala-galanya berlaku dalam sekelip mata sehingga saya langsung tidak sedarkan diri,” katanya

Kakak Zarina, Jamilah Yong, 51, pula berkata, mereka risau untuk memaklumkan kepada dia tentang pemergiaan anak nya tetapi naluri keibuan nya telah merasakan pemergian anak nya.

“Kami pada awalnya tidak mahu memberitahu anaknya sudah meninggal dunia kerana risau dengan keadaannya yang baru sahaja menjalani rawatan namun dia sendiri memberitahu, dia tahu tiga anaknya itu sudah tiada kerana dapat melihat bayangan anaknya datang menemuinya dan melambai pergi,” katanya.

“Semasa dalam kereta ada adik saya itu beritahu nak sangat naik kereta api dan sewaktu pelanggaran berlaku, saya langsung tidak sedar hinggalah terjaga di sebuah bangsal setelah dikeluarkan dengan bantuan orang-ramai, Nur Ain Harizah berkata.


“Sebelum kejadian, kami sedang bermain permainan video di samping menikmati keropok dan tidak kedengaran pula bunyi hon dari lori yang melanggar kenderaan kami,” katanya. Sumber : Harian Metro Editor : John Castello