Sabtu, 16 Disember 2017

Saya Tidak Tergugat Dengan Strategi Aliff Syukri Dan Sajat - Vida


 Pengasas kosmetik, Dato Seri Vida yang juga popular dengan video lagu berjudul 'I Am Me' menyifatkan strategi usahawan Dato Seri Aliff Syukri dalam mempromosikan lagu 'Abang Nak Tegur' bergandingan bersama Nur Sajat adalah sesuatu yang berjaya.

Dia juga turut berbangga dengan pencarian lagu tersebut yang mampu mencapai jumlah tontonan tinggi di Youtube, kata Hasmiza Othman atau dikenali sebagai Vida.

Jelas Vida, ia berasakan secara tidak langsung membantu mempromosikan lagu itu meskipun pada awalnya lagu ciptaan Edry Abdul Halim ini menerima banyak jumlah tanda tidak suka 'dislike'.

"Baguslah, nampaknya strategi dia berjaya. Mulanya dia menyanyi dengan Sajat dapat 'dislike' banyak tetapi bila duet dengan isterinya, Datin Nur Shahida, ramai pula yang suka," kata Vida.

Katanya dalam kenyataan dalam satu temubual, "apa yang boleh saya kata, selamat datang ke industri hiburan. Kita dah jadi artis you all."

Terdahulu, video lagu nyanyian Aliff bersama Sajat mendapat lebih 300,00 ribu tanda tidak suka di Youtube.

Sementara itu, lagu 'Abang Nak Tegur' 2.0 rakaman semula Aliff bersama isterinya, Nur Shahida mendapat maklum balas yang positif dari pendengar dan menjadi trending nombor satu di laman Youtube sejak dimuat naik pada 12 Disember lalu.

Dalam pada itu, Vida yang juga pernah muncul dengan lagu 'I Am Me' tidak rasa tergugat dengan  pembabitan Aliff dalam industri seni suara.

Jelasnya, "sejujurnya, tak tergugatlah. Masing-masing ada cara tersendiri dalam mempromosikan lagu dan saya senang melihat mereka turut berada di dalam industri.

"Dan secara tidak langsung, lagu ini mampu mempromosikan produk jualan kami dipasaran, katanya lagi.

Ketika ditanya sama ada dia ada memasang impian untuk berduet dan bergandingan bersama Aliff dan Sajat dalam lagu terbaharu, Vida memberitahu, dia masih belum memikirkan mengenai perancangan ke arah itu.

"Saya tidak tahu lagi sebab genre muzik kita tak sama. Tengoklah kalau ada peluang akan datang," ujar Vida.

Difahamkan, lagu 'I Am Me' nyanyian Vida yang dimuat naik di saluran Youtube KRU Music menerima lebih 10 juta tontonan sejak 13 Julai lalu.


Lagu I Am Me nyanyian Vida yang dimuat naik di saluran YouTube KRU Music menerima lebih 10 juta tontonan sejak 13 Julai lalu. Sumber: Mstar Online. Editor: Atila Atasha