Rabu, 13 Disember 2017

Selepas Derita Ketumbuhan Cyst, Kini Siti Elizad Menderita Lagi


Seorang pelakon yang dikenali sebagai Elizad, 33 telah memberi kenyataan bahawa pernah menjalani pembedahan untuk membuang cyst seberat 4 kilogram dua tahun yang lepas.

Elizad juga menyatakan kini cyst kedua telah dikesan pada November tahun lalu namun dia hanya mengamalkan pemakanan bercirikan organik untuk mengelakkan cyst semakin membesar.

Berdasarkan pemeriksaan yang terbaru, cyst tersebut telah mengecut dimana Elizad berpendapat kewujudan cyst ini berpunca dari faktor pemakanan hariannya.

Elizad juga difahamkan bahawa cyst ini juga salah satu punca kesukaran mendapatkan zuriat. Selain membuat pemeriksaan untuk cyst, Elizad juga sering membuat pemeriksaan kesihatan yang lain bagi mengesan penyakit seperti barah dan lain-lain dan hasil pemeriksaan memuaskan.

Menurut Elizad, masyarakat kini mudah terdedah dengan penyakit yang merbahaya terutama penyakit yang berpunca dari pemakanan seharian kita.   Sumber : Harian Metro. Editor : Nsuhaili