Seorang Wanita Disamun Di Dalam Lif


Baru-baru ini tular di laman media sosial mengenai sebuah rakaman CCTV tentang kejadian samun yang berlaku di dalam lif yang tidak pasti lokasinya.

Dalam rakaman video berkenaan yang berdurasi selama 49 saat itu menunjukkan seorang lelaki dipercayai menarik beg tangan seorang wanita ketika dia hendak keluar daripada lif.

Difahamkan, suspek telah mengekori mangsa daripada belakang sehingga masuk ke dalam lif dan terus berdiri di belakang mangsa.

Suspek memerhatikan mangsa daripada belakang sebelum mangsa dikatakan berjalan keluar dari lif sebelum suspek bertindak menolak mangsa dan menarik beg tangan tersebut.

Mangsa yang terkejut dengan kejadian itu cuba untuk mengambil semula beg tangannya namun ditolak kuat oleh suspek dan suspek bertindak menutup lif tersebut.

Semua orang ramai diminta agar sentiasa berhati-hati dan mengambil langkah keselamatan semasa menaiki lif mahupun di luar agar perkara seperti ini tidak berulang lagi. Sumber: Malaysia Viral Story.