Rabu, 6 Disember 2017

Setelah Trauma Selama 22 Tahun Mangsa Rogol Ini Hampir Lumpuh.


Seorang wanita hampir lumpuh disebabkan oleh trauma yang dilalui selama 22 tahun. Wanita terbabit yang dikenali sebagai Mandi Benson yang kini berusia 36 tahun pernah dirogol ketika remaja. Namun kesan daripada kejadian itu telah dilaluinya sehingga kini.

Penyakit tersebut dikenali sebagai Functional Neurological Disorder (FND) dan itu berlaku akibat daripada kegagalan otak disebabkan oleh trauma yang melampau.

Pada mulanya Mandi yang juga berasal dari Greater Manchester menyangka dia terkena Parkinson kerana dia mula mengalami kabur mata dan hilang keseimbangan.

Namun doktor telah memaklumkan bahawa dia mengalami penyakit FND, yang disebabkan oleh trauma. Akhirnya Mandi mengingati ketika dia dirogol pada tahun 1995. Sejak dari itu, dia terus dihantui dengan kejadian malang yang menimpa dirinya suatu ketika dulu.

Dan kini, Mandi mula belajar berjalan semula selepas menjalani terapi intensif.

Jelasnya, "saya dirogol ketika berusia 14 tahun dan saya tidak memberitahu langsung kepada sesiapa pun sehingga saya berusia 31 tahun. Saya simpan ia selama bertahun-tahun dan tidak pernah bercakap mengenai perasaan saya."

“Ia sangat sukar. Saya menyembunyikannya hinggalah saya kena penyakit FND ini,’’ katanya.

Katanya ketika kejadian, dia sedang duduk di tepi dinding bersama beberapa rakannya namun sekumpulan remaja menghampiri mereka dan mula bercakap dengan mereka.

Mandi kemudiannya beredar dari situ namun salah seorang daripada remaja itu cuba untuk menggodanya dan merogolnya.

Kata ibu kepada anak itu, "saya sangat malu dan tidak beritahu sesiapa pun dan saya salahkan diri sendiri kerana saya sepatutnya membuat laporan polis." Sumber: Mynewshub.cc. Editor: Atila Atasha
loading...