Sheikh Nawaf : Bangsa Melayu Akan Membebaskan Masjid Al Aqsa


KUALA LUMPUR – Sheikh Dr Nawaf Takruri Presiden Kesatuan Ulama Luar Negara Palestin menyatakan, “saya percaya bangsa melayu akan membebaskan Masjid Al-Aqsa. Malaysia sentiasa berada di belakang Palestin memperjuangkan kebebasan dan hak umat Islam”.

 “Malaysia akan mara sebagai mujahidin (pejuang) untuk memperjuangkan nasib Baitulmaqdis yang telah di iktiraf sebagi Ibu Kota Israel”, katanya.

 “Seperti mana pejuang Salahuddin Al Ayubi, dia bawa bala tenteranya disertai orang bukan Arab untuk membebaskan Baitulmaqdis.

“Di bawah pimpinan Sultan Abdul Hamid, Turki menaungi Masjid Al Aqsa. Insya Allah, akan berlaku bangsa Melayu membebaskan Masjid Al Aqsa,” katanya.

Beliau menjawab soalan mengenai saluran untuk berjihad ketika menjadi panel Forum Antarabangsa MyAqsa bertajuk 100 Tahun Musibah Balfour, di Masjid Wilayah Persekutuan.

Ketika ditanya, bagaimana hubungan politik Amerika Syarikat dengan negara-negara Arab,

Sheikh Nawaf menjawab, “walau berdepan pelbagai cabaran Malaysia perlu berpegang teguh kepada pendirian membebaskan Baitulmaqdis dan mengutamakan masa depan Islam.

“Pemimpin Arab hari ini lebih menjaga kepentingan dan kedudukan masing-masing, bukannya kemasyarakatan dan kesucian umat Islam,” katanya.

Sementara itu, Salahudin mahu Malaysia menggunakan pentas Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) untuk mencabar Perjanjian Balfour yang dilihat sebagai retorik politik kuasa-kuasa besar.

“Sampai sekarang Malaysia, satu-satunya negara yang tidak mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara.


“Jadi cara terbaik adalah OIC mencabar Perjanjian Balfour di mahkamah antarabangsa atau negara Islam bergabung di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) perjuangkan isu ini. Itu lebih baik,” katanya. Sumber: Berita Harian, Editor : Nsuhaili