Siapakah 9 Jeneral Perang 'Penakluk Empayar Gergasi'


1. Khalid Bin Walid Khalid ibn al-Walid (584 - 642)

Khalid bin Walid, adalah seorang panglima perang pada masa pemerintahan Khulafa ArRasyidin yang termahsyur dan ditakuti di medan perang serta digelarkan sebagai Saifullah Al-Maslul (pedang Allah). 

Beliau adalah salah seorang dari panglima perang penting yang tidak pernah kalah sepanjang kariernya. 

Pencapaian terulung ialah dimana beliau berjaya mengalahkan Pasukan Rom dan Parsi dalam masa tiga tahun sahaja.


2. Muhammad Al-Fatih ( Muhammad II ) (1432 - 1481)

Sultan Muhammad Al-Fatih atau juga dikenali sebagai 'Al-Fath', Muhammad Al-Fatih iaitu daripada kata terbitan "al-fath", bererti surah "Pembuka yang besar" disebut juga "Sang Penakluk". 

Beliau dilahirkan pada 29 Mac 1432 di Edirne dan meninggal dunia pada 3 Mei 1481 di Hunkarcayırı, berdekatan Gebze. 

Pada usia 21 tahun, Beliau memliki Kejayaannya dalam menakluk 'Konstantinopel' menyebabkan banyak kawan dan lawan kagum dengan kepimpinannya serta taktik dan strategik peperangannya yang dikatakan mendahului era zamannya, dan kaedah pemilihan tenteranya. 

Beliau merupakan anak didik Syekh Syamsuddin yang masih merupakan keturunan Abu Bakar As-Siddiq.

Muhammad al-Fatih merupakan seorang sultan yang mementingkan kekuatan dalaman dan luaran para tenteranya. 

Beliau mempunyai kepakaran dalam bidang ketenteraan, sains, matematik dan menguasai enam bahasa (bahasa TurkiGreekHebrewArabParsi dan Latin) pada ketika berumur 21 tahun serta seorang pemimpin yang hebat, warak dan tawaduk 


3. Salah al-Din Yusuf Ibn Ayyub / Salahuddin Ayyubi ( Saladin ) / Salahuddin Ayyubi / Saladin / Salah ad-Din (1138 - 1193)

Adalah seorang jeneral dan pejuang muslim Kurdi dari Tikrit (daerah utara Iraq sekarang). Ia mendirikan Dinasti Ayyubiyyah di Mesir, Syria, sebahagian Yaman, Iraq, Mekah Hijaz dan Diyar Bakr. 

Salahuddin terkenal di dunia Muslim dan Kristen karena kepemimpinan, kekuatan tentera, dan sifatnya yang satria dan pemaaf, pada saat ia berperang melawan Tentera Salib. 

Sultan Salahuddin Al Ayyubi juga adalah seorang ulama. Ia memberikan catatan dan berbagai macam penjelasan dalam kitab hadits Abu Dawud.


4. Abu Ubaidah bin al-Jarrah (Amir Ibn Abdullah Ibn Al-Jarrah)

Abu Ubaidah bin al-Jarrah adalah Muhajirin dari kaum Quraisy Mekah yang termasuk antara yang paling awal memeluk agama Islam. 

Beliau ikut berhijrah ke Habsyah (saat ini Ethiopia) dan kemudian, beliau berhijrah ke Madinah. Beliau mengikuti setiap pertempuran dalam membela Islam. 

Setelah wafatnya Nabi Muhammad saw, beliau merupakan salah seorang calon Khalifah bersama dengan Abu Bakar dan Umar bin Khattab. 

Setelah dipilih Abu Bakar sebagai Khalifah, beliau dilantik untuk menjadi panglima perang memimpin pasukan Muslim untuk berperang melawan kerajaan Rom. 

Beliau meninggal disebabkan oleh wabak penyakit.

Hadis Nabi ;
"Setiap umat ada penjaga amanahnya dan penjaga amanah bagi umatku adalah Abu Ubaidah Al Jarrah"

"Tiga orang yang paling terkemuka dalam suku Quraisy memiliki sifat yang terbaik dan paling sederhana. Mereka adalah Abu Bakar, Uthman bin Affan dan Abu Ubaidah al-Jarrah".


5.Sa'ad bin Abi Waqqas (Sa'ad Qadisiyyah)

Sa`ad bin Abī Waqqās merupakan salah seorang yang awal masuk Islam dan salah seorang sahabat penting baginda Rasulullah SWA. Kepahlawanan Sa'ad bin Abi Waqqas tertulis saat memimpin pasukan Islam melawan Empayar Parsi di Qadissyah pada tahun 636 masihi dan peperangan ini merupakan salah satu peperangan terbesar umat Islam.


6. Tariq Bin Ziyad (720 M)

Tariq bin Ziyad, dikenal dalam sejarah Sepanyol sebagai legenda dengan sebutan Taric el Tuerto (Taric yang memiliki satu mata), adalah seorang jeneral dari dinasti Umayyah yang memimpin penaklukan muslim atas wilayah Al-Andalus (Spanyol, Portugal, Andorra, Gibraltar dan sekitarnya) pada tahun 711 M


7. Syurahbil bin Hasanah (583-639)

Adalah sahabat Muhammad saw. Beliau merupakan salah satu komander terbaik dalam pasukan Rasyidin, bertugas di bawah Khalifah Rasyidin Abu Bakar dan Umar bin Khattab. Dia merupakan salah satu komander lapangan utama selama penaklukan Muslim di Syria, bertugas sejak tahun 634 M hingga kematiannya pada tahun 639 M akibat wabak.


8. Abdullah bin Aamir.

Abdullah bin Aamir adalah gabenor Busrha (647–656) dan merupakan jeneral tentera yang sangat berjaya pada masa pemerintahan Khalifah Rasyidin Othman bin Affan. Dia terkenal atas kehebatannya dalam pengurusan ketenteraan.


9. Amru Bin Ash.

Pada awalnya beliau pernah mengambil bahagian dalam peperangan menentang Nabi Muhammad SAW dan kaum Muslim namun masuk Islam bersama Khalid bin Walid. Enam bulan setelah memeluk Islam, beliau bersama Rasulullah SAW menakluk Mekah dalam peristiwa Fathul Mekkah.

Ia adalah panglima perang yang bijak dalam mengatur strategi perangan. Beliau adalah panglima perang yang menakutkan bagi Baitul Maqdis dan Mesir dari cengkaman Romawi,
Ia kemudian dilantik sebagai gabenor Mesir oleh Umar bin Khattab, tetapi kemudian dipecat oleh Khalifah Usman bin Affan, Selelas itu Muawiyah bin Abu Sufyan melantik kembali beliau menjadi Gabenor Mesir.

Panglima Amru mengarahkan tentera agar menjunjung Al Quran di hujung tombak, ia menggunakan cara ini dalam pertempuran dengan Ali bin Abi Thalib agar Ali bin Abi Thalib menghentikan serangan. Sumber: Sekadar Fikrah – Editor: Amylea Nazrul