Suami Harus Tahu Cara Memujuk Hati Isteri Yang Sedang Merajuk.


Bak kata pepatah, "sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri." Dalam kehidupan berumah tangga, perselisihan faham itu adalah perkara biasa yang sering berlaku. Malah memang sesuatu yang tidak mustahil jika suami isteri tidak pernah bergaduh ataupun merajuk dengan satu sama lain disebabkan hal-hal tertentu.

Apabila disebut sahaja nama kaum wanita, pasti semua tahu bahawa wanita ini adalah insan yang berhati lembut kadangkala cepat mudah terasa hati walaupun berkaitan hal remeh-temeh. Dan lumrah ketika bergaduh, kaum wanita yang akan cepat merajuk dan susah dipujuk.

Namun tidak ramai kaum lelaki atau suami tahu cara yang betul untuk memujuk pasangan mereka yang sedang merajuk. Ada juga sesetengah lelaki yang mengambil mudah akan perkara tersebut justeru menyebabkan kaum wanita terasa hati dan mula berfikir bukan-bukan. Dan disebabkan itu hal tersebut akan menjadi berpanjangan dan boleh menjejaskan hubungan harmoni di dalam rumah tangga mereka.

Pertama, cara yang betul adalah mengajak isteri anda untuk berbincang secara baik dan berduaan, ini adalah kerana sesetengah suami atau lelaki akan menggunakan orang tengah untuk memujuk pasangannya sebagai jalan penyelesaian namun tidak semua yang berjaya.

Kedua, suami harus mendengar sehingga habis apa yang isteri ingin luahkan dan sampaikan sebelum anda menyuarakan buah fikiran. Beri peluang untuk isteri menyatakan sebab mengapa dia merajuk ataupun tidak puas hati dan janganlah mengambil sikap sambil lewa kerana boleh membuatkan isteri berfikir yang anda sudah tidak mengambil berat lagi tentang perasaan mereka.

Ketiga, sifat jujur dan toleransi juga perlu ada dan penting dalam setiap perhubungan suami isteri. Jangan membuat keputusan terburu-buru tanpa berbincang dengan isteri terlebih dahulu kerana suami juga perlu ambil kira setiap pendapat dan pandagan seorang isteri, dan kadangkala pendapat mereka ada juga benarnya.

Keempat, kadangkala mungkin suami terlalu sibuk yang menyebabkan si isteri merajuk. Jadi sebagai suami kita harus pandai menbahagikan masa untuk isteri. Carilah masa yang sesuai untuk meluangkan masa bersama isteri walaupun seketika.

Kelima, apabila isteri sedih pegang tangannya serta peluk pinggangnya dan cakap dengannya dalam nada yang lemah lembut agar dia rasa kasih dan sayang menurun ke jiwanya, Inshaa Allah isteri akan lembut hati. Mungkin ada perkara yang terasa hati, kita sebagai suami kena ambil tahu keperluan dia dan apa yang dia inginkan.

Keenam, kembalikan zaman romantik anda bersama isteri seperti mana masa anda bercinta dulu. Suami jagan malu untuk bersikap romantik dengan isteri, isteri suka bila dia di manjakan. Wujudkan kembali saat romantis dengan isteri. Hati isteri akan layu di bahu suami, kemarahan isteri akan terpadam sekelip mata.

Wanita tidak di cipta dari tulang kaki untuk jadi alas, atau dari tulang kepala untuk ada di atas. wanita di jadikan dari tulang rusuk untuk berada di sisi sebagai peneman hidup. Editor: Atila Atasha