Suami Tergamak Rogol Anak Selepas Dapat Tahu Isteri Curang


KLANG - Akibat dendam terhadap isterinya yang didakwa berlaku curang, seorang suami tergamak merogol anak kandungnya yang berusia sembilan tahun

Dia mula membuat perbuatan terkutuk itu sejak kanak-kanak tersebut berusia lima tahun dan telah melakukan lebih 10 kali serangan seksual dalam tempoh empat tahun, kata bapa mangsa, 32, yang juga bekerja sebagai kerani.

Dalam kejadian, ibu mangsa dikatakan menemukan cecair berwarna putih pada bahagian sulit kanak-kanak tersebut dan bertindak menghantar mangsa ke klinik sebelum membuat laporan polis.

Bagaimanapun  kira-kira enam jam selepas laporan tersebut dibuat, bapa mangsa ditahan pihak polis.

Suspek kemudiannya mengaku bahawa dia telah mengadakan hubungan seks dengan anaknya dan kali terakhir dia melakukan perkara terkutuk itu adalah di rumah mereka di Bandar Sultan Suleiman, Pelabuhan Klang sekitar dua minggu lalu.

Difahamkan, suspek telah mengahwini isterinya selama 10 dan mereka mempunyai dua orang cahaya mata.

Manakala suspek mendakwa bahawa dia mengetahui tentang isterinya yang mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain beberapa tahun lalu dan dia mahu membalas dendam dengan bertindak mencabul dan merogol anak perempuan mereka.

Dia juga melakukan perkara tersebut sama ada di bilik tidur atau ruang tamu rumah mereka, lapornya. Sumber: Eberita. Editor: Atila Atasha