Suri Rumah Dipenjara Kerana Mencuri Beg Milik Guru Dalam Surau.

Kredit Foto Harian Metro

Kuala Terengganu – Tindakan seorang suri rumah yang berani mencuri beg silang yang mengandungi barangan berharga seperti telefon serta wang tunai milik seorang guru didalam surau di jatuhi hukuman penjara satu tahun oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini.

Hukum di jatukan oleh Majistret Abdul Hayyi Salim setelah tertuduh, Nor Amira Abdul Rahman 33 tahun dari setia mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan.

Pertuduhan Dibaca, tertuduh didakwa mencuri beg silang yang mengandungi telefon bimbit Oppo F1s, kad pengenalan, kad mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dan wang tunai RM200 milik Fasiha Raihan Abdul Ghafar, 20, di dalam surau sebuah pasar raya di Chabang Tiga, pada jam 1.30 petang pada 9 Disember lalu.

Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa Inspektor Miky Dunstan Muda manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Laporan Fakta Kes, mangsa yang bersolat di surau berkenaan terkejut apabila mendapati begnya hilang sebelum cuba mencari begnya, namum gagal untuk menjumpai dan mengesyaki begnya di curi.

Mangsa kemudiannya menghubungi terefon bimbitnya dan panggilannya di jawab oleh seorang wanita (tertuduh), mangsa cuba memujuk wanita tersebut untuk memulangkan semula begnya, namum wanita tersebut enggan untuk memulangkannya.


Susulan itu satu laporan dibuat oleh mangsa di Balai Polis Chabang Tiga, tertuduh ditahan di rumahnya di Setiu, pada jam 11.30 pagi pada 14 Disember lalu.  Sumber: Harian Metro, Editor: Atila Atasha