Rabu, 6 Disember 2017

Suspek Bunuh Ibu Tunggal Ditahan



SARAWAK - Seorang lelaki ditahan polis semalam selepas dipercayai membunuh teman wanita yang mayatnya ditemui diikat dalam guni di Sungai Kampung Pulau Melayu, Miri, Sarawak, pada Sabtu lalu.

Dalam kejadian jam 7.30 pagi, suspek yang berusia 25 tahun ditahan di Pusat Komersial Pelita, Miri oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri.

Suspek dipercayai membunuh mangsa berusia 52 tahun yang juga merupakan ibu tunggal yang mempunyai empat orang anak, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Datuk Dev Kumar.

Difahamkan , motif kejadian adalah disebabkan hutang dan pihak polis percaya suspek membunuh mangsa dalam Proton Iswara yang dirampas daripada suspek namun siasatan masih dijalankan,.

Laporan kehilangan mangsa telah pun dibuat di Balai Polis Mukah pada 3 Disember lalu oleh ahli keluarga mangsa, jelas beliau lagi.

Daripada hasil pengecaman yang dilakukan oleh ahli keluarga terhadap pakaian yang dipakai mangsa ketika mayat tersebut dijumpai juga positif.

Katanya, "suspek kini direman seminggu bagi membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh."

Terdahulu, pada Sabtu lalu, mayat seorang wanita ditemui hanyut dalam keadaan diikat dan disumbat ke dalam guni di Sungai Kampung Pulau Melayu oleh nelayan, kira-kira jam 6.30 pagi sebelum dimaklumkan kepada pihak polis. Sumber: Harian Metro. Editor: Atila Atasha.




loading...