Telan besi untuk tingkat zat besi!


RUSSIA - Seorang wanita warga emas telah menelan sebanyak 152 objek besi, termasuk paku dan skru kerana menyangka bahawa ia boleh meningkatkan zat besi di dalam tubuhnya.

Penemuan mengejutkan itu disedari oleh kakitangan hospital di Ulan-Ude di Republik Semashko berhampiran sempadan Mongolia, selepas wanita yang dikenali sebagai Nina, 74 mengadu badannya panas sebelum melakukan imbasan X-ray terhadapnya.

Pembedahan tersebut dilakukan bagi mengeluarkan semua objek itu, antaranya ialah paku, skru panjang, penahan pintu serta besi sekerap berukuran 15 sentimeter (cm), menurut Daily Mail.

Malah wanita tersebut turut menelan seutas rantai perak dan menjelaskan kepada doktor bahawa dia kekurangan darah dan kandungan zat besi dalam tubuhnya akan bertambah sekiranya dia menelan besi terbabit.

Difahamkan, Nina mula menelan besi sejak 14 tahun yang lalu, kata kakitangan hospital kepada media tempatan.

Manakala wanita tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan serius dalam perut atau tekaknya selama dia menelan besi tersebut, menurut doktor. Sumber: Daily Mail. Editor: Atila Atasha.