Terpedaya Janji Alam Maya, 'Jejaka Impian' Jadi Beban!


Seorang ibu Wilfa Soto Peguero yang berhempas pulas tulang empat kerat membesarkan anak-anaknya menganggap kesempitan hidupnya bakal berakhir selepas bertemu dengan seorang lelaki yang di kenalinya melalui alam maya.

Selepas enam bulan berchating, Thomas, 46, memberitahu bahawa dia mahu berjumpa dan mengenalinya lebih rapat,  serta menyatakan untuk membantu dia membesarkan anak-anaknnya, bersama.

Hubungan mereka berjalan dengan baik, jadi apabila Thomas mahu datang berjumpa dengannya dan membantu membesarkan anak-anaknya, Peguero berasa teruja.

Peguero meminta lelaki itu menghantar wang kepadanya, bagi membolehkan dia dapat menjemputnya di lapangan terbang, tetapi permintaan itu tidak ditunaikan.

Thomas hanya memberitahu bila dia akan tiba, tetapi Peguero tidak mahu membiarkan Thomas  ke seorangan, jadi dia meminjam wang dan pergi berjumpa Thomas.

Wanita ini menjadi lebih curiga terhadap teman lelakinya itu selepas melihat tiket kapal terbangnya yang menunjukkan perjalanan sehala.

Dia kemudian menyedari bahawa lelaki itu juga tidak mempunyai wang dan dia yang perlu menyaranya, bukan seperti yang diharapkannya sebelum ini.

Peguero bagaimanapun terpaksa membawa lelaki itu ke rumah sewanya, lestari menjelaskan kepada Thomas  bahawa membesarkan empat orang anak sudah cukup susah dan dia tidak mampu untuk menjaga Thomas.

Thomas hanya menatapnya seperti tidak faham sepatah pun yang diucapkan oleh dia.

"Saya telah menerangkan kepadanya pelbagai cara, jika saya ada rumah sendiri saya akan biarkan dia tinggal bersama saya, tetapi saya tiada rumah," kata lestari kepada wartawan.  

Selepas percubaannya untuk bercinta di internet gagal dan tular di media sosial, Peguero di wawancara viral cinta alam mayanya yang gagal.

Setelah lebih dari sebulan menyediakan makanan dan tempat tinggal untuk Thomas, Peguero meminta bantuan di media sosial tentang tetamu yang tidak diingini itu dan meminta bantuan untuk dia dihantar pulang ke negaranya.

Peguero berkata, lelaki itu tidak mempunyai pekerjaan, hidup susah dan 'jejaka impian' yang ditemui dalam talian akhirnya menjadi satu beban yang besar dalam hidup dia.

“Thomas hanya menghabiskan masanya di sekitar rumah, bermain dengan anak-anak dan berjalan mengelilingi kawasan kejiranan.

"Saya membuat video ini untuk menyampaikan kepada orang muda dan wanita, supaya mereka belajar daripada kejadian ini dan tidak cuba mencari cinta dalam talian atau alam maya".

"Itulah kesilapan saya, dan saya tidak akan melakukannya lagi,  saya tidak sampai hati untuk tidak memberikannya makanan walaupun dia tidak memberi saya wang, tetapi saya tidak dapat menjaganya,” katanya di dalam video tersebut.

Video itu tersebar dengan cepat di media sosial dan mendapat perhatian stesen berita.

Peguero mengaku berasa terhina kerana ditertawakan ramai orang tetapi dia juga melihatnya sebagai peluang untuk merayu kepada pihak berkuasa untuk membantunya.

Ketika itu Thomas telah tinggal bersamanya selama sebulan dan dia sudah terlalu banyak berhutang.

Baru-baru ini, Peguero menuduh Thomas melakukan keganasan dan dia ditahan polis dan diarahkan menjalani pemeriksaan perubatan di sebuah hospital.


Seorang hakim juga memutuskan bahawa dia harus di hantar pulang ke negara asalnya, Britain, selepas ujian perubatan – Editor : Atila Atasha