Tiga Gambar Percutian Nealoffa Di Dubai

NEELOFA – Pengacara serta pelakon, Neelofa yang sedang bercuti di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) mencuri perhatian pengikutnya di laman sesawang Instagramnya.

TIGA keping foto pelakon dan pengacara itu, sedang bermanja dengan ikan lumba-lumba di Merine And Waterpark Atlantis The Palm mengundang komen cemburu para pengikut instagramnya.

Antara lokasi yang dikunjungi oleh pelakon cantik ini ialah Desert Safari Dubai, Nusr-Et Dubai, Four Seasons Resort Dubai, menara tertinggi dunia iaitu Burj Khalifa dan banyak lagi.

Neelofa menerusi Instagram peribadinya memuat naik foto tersebut pada pagi Ahad dan mendapat 180,000 tanda suka dan hampir 2,000 komen pengikutnya..


Neelofa berada di Dubai sejak 19 Disember bagi mempromosikan Tahun Melawat Dubai yang dianjurkan oleh kementerian pelancongan negara tersebut. Editor: Atila Atasha



Netizen cemburu ikan lumba-lumba berpeluang mencium pipi Neelofa.

"Melalui banyak pengalaman baru di Dubai, termasuk merasai kasih sayang daripada ikan lumba-lumba yang baik ini. 

"Saya cium ikan lumba-lumba ini dan saya sukakannya," tulis Neelofa.


Rata-rata netizen meninggalkan komen cemburu dengan ikan lumba-lumba tersebut yang berpeluang mencium pipi pengacara program Meletop ini.



Neelofa bermanja dengan ikan lumba-lumba di Dolphin Bay Atlantis.



Neelofa mengembara dan menerokai kawasan tarikan pelancongan di Dubai.

"Kenapa cium dolphin tu? Alaa... Hmmmm," komen redzuwwann pula.
Menerusi carian di laman Twitter, Neelofa berada di Dubai sejak 19 Disember bagi mempromosikan Tahun Melawat Dubai yang dianjurkan oleh kementerian pelancongan negara tersebut.
Antara lokasi yang dikunjungi oleh pelakon cantik ini ialah Desert Safari Dubai, Nusr-Et Dubai, Four Seasons Resort Dubai, menara tertinggi dunia iaitu Burj Khalifa dan banyak lagi.