Tiga Pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) Ke Portugal?


KUALA LUMPUR - JDT dikatakan akan meminjamkan tiga pemainnya dan mereka bakal beraksi di peringkat antarabangsa bersama kelab bola sepak Portugal. Secara tidak langsung pemain dari JDT akan beroleh pendedahan peringkat antarabangsa.

Difahamkan, kerjasama di antara pasukan Harimau Selatan dengan kelab bola sepak yang berpangkalan di Eropah yang menyaksikan JDT berpeluang 'mengeksport' tiga orang pemain setiap tahun untuk beraksi bersama pasukan tersebut sebagai pemain pinjaman, katanya menerusi dalam satu kenyataan di laman sosial Johor Southern Tigers.

Pemain yang bakal dipinjamkan itu adalah pemain tengah, Syamer kutty Abba, pemain pertahanan, Abu Bakar dan pemain penyerang, Syafiq Ahmad, turut berkemungkinan mengikut jejak langkah pemain tengah skuad kebangsaan itu untuk merantau ke Eropah.

Difahamkan, nama kelab terbabit dirahsiakan sehingga pihak pengurusan menandatangani kontrak secara rasmi.

Katanya lagi menerusi satu kenyataan, "pemain Malaysia tidak dianggap sebagai pemain luar negara di Portugal dan perbezaan kelab itu dengan yang lain adalah JDT bakal memiliki hubungan kerjasama dengan kelab terbabit."

Dalam pada itu, JDT turut mengulas mengenai projek peminjaman dua pemain yang cuba dilaksanakan sebelum ini yang membabitkan pemain tengah bertahan, Harris Harun ke Sepanyol serta perancang tengah, Nazmi Faiz Mansor yang dijadual dipinjamkan ke sebuah kelab di Jepun.

"Berkenaan Harris Harun, kelab terdahulu mempunyai masalah hutang di Sepanyol dan tidak dibenarkan untuk menandatangi mana-mana pemain luar negara.

"Manakala Nazmi Faiz pula adalah kerana kelab memerlukan beliau dalam pasukan bagi membantu Safiq Rahim," katanya. Sumber: Berita Harian, Editor: Atila Atasha