Jumaat, 15 Disember 2017

Trump, Putin Bincang Krisis Program Nuklear Korea Utara



MOSCOW - Presiden Amerika Syarikat Donald Trump semalam dihubungi rakan sejawatannya Presiden Russia, Vladimir Putin bagi membincang kan krisis program nuklear Korea Utara, kata Kremlin.

Jelasnya, kedua-dua pemimpin berkenaan akan membincang kan situasi beberapa zon krisis dengan memfokuskan penyelesaian terhadap isu nuklear di semenanjung Korea.

Difahamkan, minggu ini, Washington berkata pihaknya bersedia berbincang dengan Korea Utara yang sejak kebelakangan ini melancarkan beberapa peluru berpandu balistik antara benua.

Sementara pentadbiran Trump memaksa Pyongyang menghentikan program senjata nuklearnya, pihaknya bersedia 'mengadakan mesyuarat pertama tanpa prasyarat'. kata Setiausaha Negara AS, Rex Tillerson.

Semalam, Putin ketika dalam sidang media tahunannya dengan dihadiri beratus wartawan di Moscow, mengalu-alukan   'kesedaran mengenai realiti' AS terhadap krisis itu.

Beliau bagaimana pun menggesa semua pihak agar 'berhenti mengeruhkan keadaan' dan berkata Moscow tidak mengiktiraf Korea Utara sebagai kuasa nuklear. Sumber: AFP. Editor: Atila Atasha.