Khamis, 7 Disember 2017

Uqasha Diganggu Peminat Fanatik



Pelakon drama bersiri Hero Seorang Cinderella iaitu Uqasha Senrose dikatakan bengang apabila ada peminat bertindak liar dan agresif dengan meminta gambar bogelnya menerusi 'direct message' di akaun Instagramnya.

Uqasha telah memuat naik gambar mesej tersebut melalui InstaStory pada malam tadi.

Tulisnya, "Ya Allah ada juga manusia macam ini."

Mengikut mesej yang dihantar oleh pengguna media sosial yang tidak bertangungjawab itu, Uqasha telah diugut untuk menyerahkan gambar bogel dan dia berjanji akan berhenti menulis komen negatif di ruangan gambar pelakon itu.

Individu tersebut menghantar kiriman teks tersebut pada awal 5 pagi semalam.

Dan individu itu mengugut untuk menggodam akaun Instagram Uqasha sekiranya dia enggan.

Akaun Instagram Uqasha juga yang kini sudah mengumpul pengikut seramai 2.6 juta orang.

"Uqasha, jika kamu memberikan saya gambar-gambar bogel kamu, saya akan berhenti menulis komen buruk tentang kamu. Saya janji dan jika tidak, saya akan menggodam akaun Instagram kamu," kata individu terbabit menerusi mesej yang dihantar.

Difahamkan, bukan Uqasha sahaja artis pertama yang berdepan dengan serangan seksual tersebut di media sosial.

Malah ramai lagi selebriti yang pernah menjadi mangsa buli siber dengan ugutan menyebarkan gambar bogel, antaranya Rozita Che Wan, Fizz Fairuz, Shurki Yahya, Sufian Suhaimi dan pelakon Nora Danish juga pernah menerima ancaman rogol dan komen lucah di Instagramnya sekitar tahun 2014. Sumber: Astro Gempak. Editor: Atila Atasha.
loading...