Usia Bukan Pengalang Untuk Saya Terima


Rita Rudaini – Walaupun sudah dua kali gagal di alam perkahwinan, pelakon jelita ini tidak penah menutup pintu hati nya untuk menerima andai bertemu jodoh lagi di masa akan datang.


Rita “berkata, saya tidak menolak sekiranya bertemu jodoh dengan lelaki yang lebih muda berbanding dirinya asal saja lelaki terbabit boleh menerima dan memikul tanggungjawab sebagai suami dan ayah kepada kedua anak lelaki saya”.


“Soal jodoh tidak menjadi keutamaan, sebaliknya mahu memberi tumpuan kepada kedua anak lelakinya yang bernama Airit Rayyan Rizqin,9, dan Airit Qaqa Arjuna,6, yang sedang membesar”, kata rita.


Bercerita lanjut mengenai perkara itu, Rita berkata dia tidak mempunyai hubungan dengan mana-mana lelaki buat masa ini dan tidak menjadikan ia sebagai perkara penting dalam hidup.

“Bukan mahu menolak jodoh sebaliknya saya lebih senang memberikan perhatian kepada Rayyan dan Arjuna tambahan pula pada tahun hadapan Arjuna akan mula bersekolah dan memasuki darjah satu,” katanya.

Sebelum ini, Rita pernah bernikah dengan pengulas sukan TV3, Akbar Sahari namun mereka bercerai pada 2001 dan disahkan mahkamah pada 2004.

Rita bernikah di sempadan Thailand dengan pemain bola sepak negara, Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak pada 2008 dan dikurniakan dua cahaya mata.


Mereka bagaimanapun bercerai pada 2013 kerana perkahwinan tidak direstui keluarga Aidil. Sumber: Metro, Editor: Atila Atasha