Isnin, 18 Disember 2017

Usus Berlubang Disebabkan Alat Mainan Seks



UNITED KINGDOM - Seorang lelaki British berusia 53 tahun bertindak memasukkan alat mainan seks yang bersaiz 'luar biasa' dengan ukuran sepanjang 77 sentimeter (cm) ke dalam duburnya sehingga ususnya berlubang.

Dilaporkan bahawa lelaki yang tidak dikenali identitinya telah memasukkan sejenis objek melengkung ke dalam dubur untuk tujuan kepuasan seksual ketika dia sedang mabuk.

Doktor mendedahkan bahawa lelaki itu 'hilang kawalan' ketika memasukkan objek tersebut kerana berada dalam keadaan mabuk lalu menyebabkan ia tersekat di dalam duburnya, lapor Mail Online.

British Medical Journal (BMJ) dalam laporan menganggap kes tersebut sebagai pelik sehingga mendorong pakar-pakar untuk memberi amaran mengenai bahaya memasukkan objek ke dalam dubur.

"Ini adalah kes pertama seumpama itu dan eksklusif kerana objek yang digunakan bersaiz besar dan menyifatkan objek tersebut sebagai luar biasa besar," kata doktor dalam laporan jurnal kes.

Ekoran dari kejadian itu, lelaki tersebut mengalami kesakitan yang teruk dan dia telah dirujuk kepada jabatan A&E di sebuah hospital yang dikendalikan oleh Northern Lincolnshire dan Goole NHS Foundation Trust.

Dimaklumkan lelaki itu memberitahu kepada pegawai peerubatan bahawa dia sengaja memasukkan alat mainan seks tanpa bateri itu ke dalam duburnya semasa di bawah pengaruh alkohol.

Sebaik mendengar pengakuan lelaki itu, para pegawai perubatan yang diketuai oleh Dr. Saad Ikram melakukan imbasan sinar-x sebelum mengesan 'bayangan halus'  di sebelah kanan abdomennya.

Lelaki itu kemudiannya terkejut selepas doktor memaklumkan bahawa aalat mainan seks itu berukuran tiga suku meter.

Dari hasil pemeriksaan lanjut juga mendapati objek asing yang besar itu telah menyebabkan usus lelaki terbabit berlubang.
Disebabkan itu, pakar bedah terpaksa memotong kira-kira 20 cm usus lelaki itu termasuk bahagian yang terkoyak bagi mengeluarkan alat mainan seks tersebut.

Oleh itu pesakit itu telah menerima rawatan selama sembilan hari di hospital, di mana bahagian ususnya disambung dengan tiub dan dilengkapi dengan beg stoma untuk menghentikan sisa buangan yang melalui bahagian usus besarnya. Sumber: Malaysiandigest. Editor: Atila Atasha.