Ahad, 17 Disember 2017

Video: Bapa Tiri Durjana Kurung, Rogol Gadis Berusia 11 Tahun Sehingga Lahirkan 9 Anak


Kejam, tidak bertimbang rasa itu yang boleh katakan terhadap seorang lelaki yang sanggup meculik dan mengurung anak tirinya selama 19 tahun.

Tindakan mengurung anak tirinya itu bukan sahaja sekadar mengurung tetapi turut memaksa anak tirinya berkahwin dengannya.

Dikatakan juga, selepas menculik anak tirinya itu lelaki itu telah mengahwini secara haram dan di bawa tinggal di dalam satu khemah di sebuah kawasan pendalaman yang berada di Mexico.

Upacara perkahwinan mereka dilakukan di dlam van dan Rosalyn di berikan sebentuk cincin sebagai tanda mereka sudah berkahwin.

Henri Piette, 63 tahun telah merogol anak tirinya Rosalynn McGinnis sejak dia berusia11 tahun dan  12 tahun di bilik mangsa di Wagoner, timur Oklahoma.

Sepanjang perkahwinan mereka selama 19 tahun, Rosalyn telah melahirkan 2 orang anak sebelum usia 18 tahun manakala 7 lagi kemudian.

Pada tahun lepas Rosalyn berjaya melarikan diri daripada Henri dan mendapatkan bantuan daripada Kedutaan Amerika Syarikat di Mexico dimana Rosalyn kini berumur 33 tahun.

Penangkapan Henri pada Oktober dan diserahkan ke Amerika Syarikat kemudian didakwa di Mahkamah Persekutuan Oklahama atas pertuduhan menculik dan membawa lari gadis bawah umur dengan tujuan mengadakan hubungan seks.

Henri juga akan didakwa dengan pertuduhan mencabul, rogol mangsa bawah umur dengan niat, dan penderaan kanak-kanak hingga menyebabkan kecederaan.

Bagi pertuduhan menculik jika didapati bersalah, Henri juga bakal dijatuhi hukuman 10 tahun penjara dan denda AS$250,000.  Sumber : youtube Editor: Nsuhaili

]