Video Donald Trump Nyanyi Lagu Havana, Begini Jadinya!


Disebalik kontroversi Presiden Amerika Syarikat Donald Trumph yang sedang heboh diperkatakan kini, terdapat satu video Donald Trump berdurasi  kurang 1minit sedang tular di media sosial.

Video yang telah dimuatnaik berjudul  “Camila Cabello – Havana ( cover by Donald Trump )” ini dijadikan bahan ekperimen oleh seorang komposer yang dikenali sebagai Maestro Ziikos.

Video tersebut telah diubahsuai dengan menggabungkan setiap ucapan Donald Trump dan menghasilkan lirik lagu Havana melalui gerak bibir Donald trump yang tepat dan bersesuaian malah setiap yang menontonnya akan menyatakan ianya nyanyian asli dari Donald Trump.

Video berdurasi pendek ini sangat menarik dan menunjukan kreativiti komposer tersebut dalam mengubahsuai video menghiburkan menjadi tular sehingga kini. Editor : Nsuhaili