Isnin, 4 Disember 2017

Video: Hati-Hati Pencuri Tidak Berpakaian Berjaya Dirakam CCTV.


GOMBAK - Seorang pengguna media sosial yang dikenali sebagai Yaze Dody telah memuat naik video berdurasi selama 17 saat itu menunjukkan seorang lelaki dalam keadaan bogel telah pecah masuk rumahnya dalam kejadian kira-kira 5 pagi di Gombak, Batu Caves.

Dalam kejadian jam 5.30 pagi, mangsa telah dikejutkan oleh ibunya untuk menghantarnya ke masjid. Namun dalam pada masa yang sama mereka perasan bahawa pintu belakang rumahnya kena pecah.

Selepas itu, dia bertindak untuk mencari di sekitar belakang rumah namun tidak jumpa sebarang orang tetapi tiba-tiba dia terdengar bunyi  orang cuba melarikan diri.

Dengan rasa tidak puas hati, dia sekeluarga bertindak untuk melihat CCTV rumah dan mereka mendapati bahawa seorang lelaki berkulit gelap tanpa memakai sebarang pakaian seperti dalam video telah melarikan diri beg adik mangsa.

Mangsa bersyukur semuanya selamat. "Jadi kepada orang ramai, hati-hati dan awasi keluarga, kalau barang hilang boleh tahan, tapi kalau dia masuk dan rogol ahli keluarga perempuan macam mana ? kata mangsa sambil menasihati orang ramai supaya berhati-hati. Sumber: Yaze Dody. Editor: Atila Atasha                                                                                                   





loading...