Isnin, 4 Disember 2017

Video Kedai Runcit Bangla Kantoi Jual Barang Expired Kemudian Maki Customer


Baru-baru ini viral di media sosial yang menunjukkan beberapa rakaman video bukti bahawa sebuah kedai runcit didakwa menjual banyak barangan yang sudah tamat tempoh kepada pelanggan.

Video terbabit yang dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Ragu Sambath sejak Jumaat lalu menunjukkan sebuah kedai runcit yang dimiliki oleh lelaki yang didakwa warganegara Bangladesh itu didapati menjual barang-barang yang sudah tamat tempoh yang tertera tahun 2014, 2016 dan tahun semasa itu di Taman Bukit Pelangi Batu Tiga, Shah Alam.

Antara barang-barang yang dikenal pasti adalah seperti produk acar, tin susu pekat , sos cili, mee segera dan lain-lain.

Berdasarkan video tersebut, seorang lelaki memaklumkan bahawa mereka telah mengadu perkara itu kepada pemilik kedai runcit, namun sebaliknya mereka pula dimarahi olehnya.

Disebabkan itu, dia bertindak memuat naik status berserta video di laman sosial. "Bangla cakap lebih. Apa saman pun dia boleh bayar. Tolong viralkan video ini, kena tutup kedai Bangla ini, " tulis Ragu Sambath yang meminta orang ramai membantunya melaporkan perkara itu kepada pegawai Jabatan Kesihatan Negeri Selangor.

Namun sementara itu di media sosial netizen mempersoalkan bagaimana warga asing boleh memperoleh lesen untuk membuka kedai runcit.

Malah mereka turut menggesa pihak berkuasa untuk mengambil tindakan yang segera terhadap peniaga yang tidak bertanggungjawab ini. Sumber: The Reporter. Editor: Atila Atasha






loading...