Rabu, 6 Disember 2017

Video Kejam Lelaki Hempas Anjing Ke Lantai.



CHINA- Seorang lelaki bertindak kejam dengan menghempas seekor anjing ke lantai hingga mati selepas haiwan berkenaan kalah dalam perlumbaan anjing.

Rakaman video yang di ambil menggunakan telefon bimbit tersebut menunjukkan lelaki yang sedang marah itu memegang kaki anjing jenis greyhound itu dan menghempasnya ke lantai sambil menjerit.

Namun menurut Daily Mail, lelaki itu mendakwa dia akan memasak dan makan anjing yang dah mati itu.

Dan menurut Pear Video, kejadian itu berlaku di daerah Xiong, wilayah Hebei pada 3 Disember lalu.

Anjing berkenaan dihempas berulang kali oleh lelaki itu sehingga mati.

Jerit lelaki itu, "Kau buat aku rugi!".

Difahamkan, lelaki berkenaan dikatakan mengalami kerugian besar membeli anjing tersebut kerana ia tewas dalam perlumbaan.

Dan lelaki tersebut telah meletakkan pertaruhan besar ke atas anjing terbabit.

Dalam video yang disiarkan di Weibo (Twitter versi China), lelaki itu berkata: “Dengar sini pemilik anjing, jika anjing kamu tidak bawa untung, makan ia.” Sumber: Harian Metro. Editor: Atila Atasha

loading...