Video Kereta Terjatuh Kedalam Sungai Tular Di Media Sosial.


Tular di media sosial mengenai insiden kereta dibawa arus sungai. Seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Yuni Rusmini telah memuat naik video berkenaan di laman Facebook.

Kejadian tersebut dikatakan berlaku di Sungai Rolak 9, Tarik, Mojokerto Utara, Indonesia, semalam.

Dalam kejadian jam 2 petang itu, mangsa dipercayai mahu mengundur kenderaan tersebut namun dia telah tekan ke hadapan sehingga terjatuh ke dalam arus sungai yang deras pada ketika itu.

Menurut sumber, seramai dua orang yang terkandas di dalam kenderaan tersebut tetapi seorang budak lelaki telah diselamatkan manakala seorang lagi masih dalam pencarian.

Orang ramai yang berada di sekitar itu sempat merakamkan insiden tersebut.