Video Kes Bunuh Di Stesen Minyak Kerja Pembunuh Upahan


JOHOR BAHRU - Kes pembunuhan seorang lelaki di sebuah stesen minyak pada Ahad lalu yang tular di laman media sosial mendapat perkembangan terbaru.

Difahamkan, berkemungkinan besar bahawa mangsa menjadi tumpuan beberapa'pembunuh upahan'.

Dalam kejadian baru-baru ini, seorang lelaki berhenti di sebuah stesen minyak untuk mengisi angin tayarnya, namun dia mati ditempat kejadian selepas dipercayai ditikam di bahagian jantung.

Dalam pada itu, pihak polis telah mengenal pasti pembunuh dan kini sedang memburu empat lelaki yang menaiki sebuah kereta BMW berwarna putih ketika kejadian berlaku di stesen minyak di Jalan Sri Pelangi.

Kenderaan tersebut menggunakan nombor plat palsu WB79L, kata Ketua Polis Johor, Komisioner Datuk Mohd Kalil Kader Mohd.

Katanya, "kami mengesan pemilik asal nombor plat itu dan dia tiada kena mengena dengan kes ini serta belum ada tangkapan yang dibuat sehingga ini."

Menurut laporan media berbahasa Cina mendakwa bahawa terdapat harga bagi mendapatkan kepada mangsa tersebut.

Dan dilaporkan ganjaran sebanyak RM23,888 untuk maklumat mengenainya dan RM32,888 jika berjaya ditangkap.

Mangsa dikenali sebagai Ah Chiu yang berusia 44 tahun diserang empat lelaki yang cuba menariknya masuk ke dalam kereta, namun dia menolaknya sebelum ditikam.

Mangsa kemudiannya rebah dan badannya digilis sebelum empat lelaki itu beredar. Sumber: mStar Online. Editor: Atila Atasha