Jumaat, 1 Disember 2017

Video Lagu Aliff Syukri Di Unlike Pasal Sajat


Datuk Seri Aliff Syukri, seorang pengasas kosmetik mempersoalkan mengenai lagu terbarunya yang berduet bersama Nur Sajat berjudul Abang Nak Tegur yang mendapat lebih banyak tanda tidak suka 'dislikes' berbanding tanda suka 'likes' sejak ia dimuat naik di laman Youtube.

"Abang nak tegur?? kenapa orang tekan button unlike kat youtube lirik video saya??," tulis Aliff menerusi akaun Instagramnya bertanyakan pandangan pengikutnya mengapa video lirik lagu tersebut tidak disukai pendengar.

Video lirik yang di muat naik pada 23 November lalu itu telah mendapat hampir 700,000 tontonan dan kini trending di laman Youtube tersebut.

Namun sebaliknya yang terjadi apabila 60,000 penonton menekan tanda tidak menyukai 'dislike' lagu tersebut berbanding 7,000 yang menyukainya.

Selain itu, lagu ciptaan Edry Abdul Halim itu yang menampilkan Aliff berduet bersama Sajat dan setakat ini telah menerima hampir 9,000 komen.

Menerusi akaun Instagram (@aliffsyukriterlajaklaris), rata-rata pengikut meninggalkan komen tidak menyukai lagu tersebut kerana gandingannya bersama Sajat.

Namun ada juga yang mempertikaikan kemampuan Sajat sebagai penyanyi dan berpandangan Aliff mampu menyanyikan lagu tersebut tanpa perlu berduet dengannya.

Komen therealrynaa, "ramai yang unlike sebab ada Sajat. Datuk suara dah okey, sedap tapi tiba-tiba masuk suara Sajat pula, tak sesuai bunyinya."

Kata yg_fly pula, "pada pendapat saya, bukan orang tak suka Datuk tapi mungkin sebab ada nama Sajat tu yang unlike."

Walaupun menerima pelbagai kritikan daripada pendengar, lagu tersebut masih lagi mendapat pujian pengikut yang merasakan gandingan Aliff dan Sajat telah membuatkan lagu tersebut mantap dan berjaya.

Tulis salah seorang pengikutnya, nurulsuhaimi, "lagu okey, ada unsur humour dan nasihat." Sumber: Mstar Online. Editor: Atila Atasha

loading...