Selasa, 5 Disember 2017

Video: Lain Yang Mintak, Lain Yang Dia Bagi, Butik Siap Guna Gangster Halau Kami.


Kedah - Sepasang bakal pengantin merasa tertipu dengan sebuah syarikat perancang perkahwinan apabila majlis perkahwinan yang diimpikan oleh mereka bertukar wajah tidak seperti apa yang di janjikan oleh syarikat berkenaan.

Lagi tular video sepasang pengantin dimedia sosial yang telah ditipu dengan sebuah syarikat perancang perkahwinan yang menjadikan majlis resepsi bersejarah mereka tidak seperti yang dijanjikan.

Seorang pengguna media sosial yang dikenali sebagai Dayangku Anne telah memuat naik sebuah video mengenai sebuah butik pengantin yang dikatakan tidak menyiapkan baju pengantin pada masa yang telah dijanjikan.

Anne memberitahu pada mulanya syarikat perancang perkahwinan tersebut tidak memberitahu mereka lebih awal mengenai pakaian pengantin yang tidak dapat disiapkan malah mereka hanya memberitahu bahawa pakaian mereka tidak dapat disiapkan pada pukul 10 malam.

"Apa kau ingat butik pengantin lain buka 24 jam seminggu ke yang kau bagi tahu pukul 10 malam, mana nak cari orang jahit baju", kata Anne.

Malah tidak cukup dengan masalah baju pengantin tidak siap, kami dikejutkan dengan keadaan pelamin berharga RM1500 yang kami pesan tetapi apa yang kami dapat amat mengecewakan apabila pelamin yang mereka sediakan tidak seperti yang kami inginkan.

Berbalik kepada baju pengantin yang tidak siap itu, pada hari persandingan kami jam 12.30 tengah hari baru dia orang sibuk nak kelam-kabut nak gam manik-manik.

Malah siap lontarkan kata-kata yang menyakitkan hati, "Nak pakai, pakai kalau tak nak buang saja dalam longkang" kata mereka yang menguruskan baju persandingan kami.

Majlis resepsi bersejarah kami yang sepatutnya berjalan secara meriah menjadi kelam-kabut dengan pihak pengurusan yang di anggap membuat kerja ala kadar.

Menurut Anne, karpet yang sepatutnya dibentangkan tidak dapat disediakan seperti yang dijanjikan malah mereka menyuruh pihak pengantin mencari sendiri karpet yang hendak dibentangkan.

Bila kami minta nombor telefon tukang jahit sebab sampin serta tengkolok tiada, mereka berikan kepada kami nombor bangla yang sememangnya tidak wujud pun.

Bila kami marah sebab majlis kami jadi tunggang-langgang dan tidak seperti yang kami inginkan mereka bukan sahaja tidak meminta maaf mahupun mengakui kesilapan mereka malah mereka memarahi kami semula serta kami telah dihalau keluar daripada kedai mereka.

Bagi mereka yang ingin menggunakan khidmat perancang perkahwinan kalau boleh selidiklah dulu syarikat tersebut supaya kejadian seumpama ini tidak berulang lagi kepada pasangan lain.-Sumber: DayangKu Anne


Pelamin yang diminta serta ditempah

Pelamin yang mereka sediakan
loading...