Video Majikan Cabul Pembantu Rumah Tular Di Media Sosial


Seorang wanita yang juga merupakan pembantu rumah dikatakan telah merakam sendiri video mengenai perbuatan keji majikannya. Didalam kejadian yang tidak pasti lokasinya, majikannya telah bertindak mencabulnya.

Video berkenaan dimuat naik oleh Wartawan Jalanan yang berdurasi selama 3 minit menunjukkan bahawa majikan tersebut bertindak mencabul pembantu rumahnya yang dikatakan sedang mengemas berseorangan di ruang dapur.

Namun secara tiba-tiba majikan itu muncul di ruangan dapur dan terus mendekati  pembantu rumahnya lalu bertindak mencabul wanita tersebut tanpa rasa segan silu.

Kelihatan wanita itu kelihatan cuba untuk melepaskan diri dari genggaman majikannya sebaik lelaki itu semakin berkeras terhadap dirinya.

Wanita itu berasa cemas lalu dia mengambil sebilah pisau yang berhampiran dengannya sebagai perlindungan untuk melindungi dirinya daripada dicabul.

Lantas lelaki yang dipercayai bangsa Arab itu telah melepaskan wanita tersebut apabila dia diugut dengan senjata tajam.

Kes pencabulan ini semakin berleluasa di serata dunia tidak kira umur dan bangsa. Pihak berkuasa harus mengambil inisiatif untuk mengelakkan kejadian tersebut berulang kembali di masa akan datang. Editor : Atila Atasha