Isnin, 4 Disember 2017

Video Ngeri Warga Nepal Di Lempar Dari Tingkat 3


SITIAWAN - Seorang lelaki warga Nepal maut dihumban rakannya dari tingkat tiga selepas terlibat dalam satu pergaduhan di Hostel Green Prospect yang terletak di dalam sebuah kilang pembuatan sarung tangan di Kampung Acheh, di sini, semalam.

Mangsa berumur dalam lingkungan 30-an itu meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Seri Manjung kira-kira 10.30 pagi semalam, kata Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Muhammad Hanif Othman.

Pihaknya menerima laporan berhubung kejadian tersebut pada jam 2.09 awal pagi semalam, kata beliau.

Difahamkan, mangsa yang juga pekerja di kilang tersebut bergaduh dengan seorang lagi pekerja di kilang itu dalam keadaan mabuk sebelum mangsa diangkat dan dihumban dari koridor di tingkat tiga hostel tersebut.

Menurutnya dalam satu kenyataan, "mangsa yang cedera parah kemudiannya dibawa ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia. Bagaimanapun, suspek yang juga warga Nepal yang turut tinggal di hostel tersebut telah bertindak melarikan diri."

Mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk dibedah siasat, kata Muhammad Hanif.

Jelas beliau lagi, polis kini sedang giat mengesan suspek dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Sumber: Bernama. Editor: Atila Atasha

loading...