Video Penduduk Gempar Cahaya Aneh Terbang Di Langit


AMERIKA SYARIKAT - Pendudk terkejut melihat cahaya aneh terbang di langit yang menyeramkan petang semalam di Los Angeles.

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa penduduk Los Angeles berjaya merakam cahaya aneh di langit dan menyatakan mereka 'seram' dengan keadaan sedemikian.

Cahaya tersebuat bergerak dengan perlahan dari California selatan ia kelihatan seperti UFO (objek terbang tidak dikenal pasti).

Setelah video berdurasi empat puluh saat itu tular di media sosial, rupa-rupanya  cahaya tersebut adalah hasil percikan api roket Falcon 9 milik agensi angkasa SpaceX yang dilancarkan dari markas tentera udara Vandenberg.

Roket berkenaan dikatakan membawa 10 satelit milik Iridium Corporation yang akan dilancarkan ke orbit rendah Bumi, pelancaran tersebut merupakan pelancaran ke-18 SpaceX, 

Menurut laporan Los Angeles Times, mengatakan kesemua satelit berjaya dilancarkan pada hari berkenaan. Sumber: Sinar Harian