Video - Samseng Jalanan Di Gempur Pihak Polis


KUALA LUMPUR – Lebuh Raya Persekutuan menjadi pentas tontonan filem aksi-aksi berbahaya sekumpulan mat rempet malam tadi, di gempur oleh sepasukan pihak polis Unit Risikan dan Operasi.

Sekitar jam 11.00 malam, kumpulan mat rempit memulakan perlumbahan haram, kelibat mereka di kesan memenuhi bahu jalan.

Aksi motosikal ditunggang secara melulu serta berkumpulan dari arah Kuala Lumpur ke Klang sebelum berpatah balik serta membuat beberapa pusingan dengan menunjukkan aksi-aksi berbahaya ‘zig-zag’ dan menundukkan kepala seperti ‘superman’.

Lebih mengejutkan dalam kalangan samseng jalanan itu saling cabar mencabar siapa yang lebih hebat beraksi di pentas jalanan.

Unit Risikan dan Operasi Jabatan Siasatan Penguat Kuasa Trafik Bukit Aman menjalankan operasi membanteras aktiviti tersebut.

Menurut Pegawai Turus Risikan dan Operasi Bukit Aman, Asisten Supritendan Khuzir Abd Majit berkata, operasi disertai 15 anggota yang dibantu peronda lebuhraya zon tengah B3, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, dan anggota Plus Malaysia Berhad (PLUS).

Kata beliau, pasukan risikan telah mengekori suspek tanpa terputus dari pandangan bagi tujuan pengecaman.

“Susulan itu, 15 penunggang motosikal berjaya ditahan di stesen minyak Petronas Lebuh Raya Persekutuan hala ke Klang.

“Seramai 14 yang ditahan berusia 15 hingga 21 tahun dan disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

“Hasil saringan ujian air kencing mendapati seorang daripada 15 yang ditahan positif dadah jenis syabu.


"Kesemua suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam untuk tindakan lanjut",katanya Sumber : Astro Awani, Editor: Atila Atasha