Video Suami Meraung Tengok Jasad Isteri.


Baru-baru tular di media sosial dimana video yang menunjukkan seorang wanita maut semasa dalam perjalanan ke tempat kerja. Video tersebut yang berdurasi selama 47 saat itu dimuat naik di Facebook.

Kejadian tersebut berlaku pada pagi tadi di Jalan L.Lantas Babakan di Indonesia. Mangsa dipercayai sedang dalam perjalanan ke tempat kerja sebelum mengalami kemalangan yang mengakibatkan mangsa meninggal di tempat kejadian.

Suami mangsa yang tiba di tempat kejadian meraung sebaik melihat keadaan isterinya. Dia telah mengangkat mayat isterinya ke tepi jalan. Orang awam turut membantu mengangkat mayat tersebut. Suami mangsa dikatakan tidak dapat menahan sebak melihat mayat isterinya.

Difahamkan, mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan dipercayai meninggal di tempat kejadian sebelum sempat untuk dibawa ke hospital. Orang ramai juga kelihatan berhenti berhampiran tempat kejadian untuk melihat insiden tersebut.

Diharap orang ramai agar berhati-hati ketika berada di jalan raya. Editor: Atila Atasha