Isnin, 4 Disember 2017

Video Trak Sondol Dua Kereta Kerana Pemandu Terlelap.


ENGLAND - Seorang lelaki Mariusz Wlazlo berusia 47 tahun dihukum penjara selama 16 bulan oleh Makhamah Wolverhampton Crown selepas trak yang dipandunya merempuh dua buah kenderaan yang berada di hadapannya.

Terdahulu, sebuah video kemalangan ngeri melibatkan sebuah trak merempuh dua buah kereta di lebuh raya yang sibuk selepas pemandunya dikatakan mengadu terlelap.

Difahamkan, pemandu kereta jenis Polo, seorang wanita yang berusia dalam lingkungan 50-an dirawat selama seminggu di hospital selepas mengalami retak tulang rusuk dan tulang belakang.

Manakala seorang lagi pemandu kereta jenis Toyota pula mengalami kecederaan di bahagian leher dan belakangnya daripada kesan kemalangan tersebut.

Wlazlo yang berasal dari Speke, Liverpool menjelaskan kepada pihak polis bahawa dia tertidur semasa kemalangan tersebut.

Katanya, "saya fikir saya terlelap seketika. Saya tidak boleh jelaskan kerana saya tidak ingat kerana ia seperti mimpi."

Sebuah rakaman dari dashcam trak tersebut menunjukkan kenderaan yang dipandu Wlazlo itu memecut laju secara tiba-tiba.

Wlazlo dikatakan melakukan perbuatan itu di antara persimpangan 8 dan 7 dekat Great Barr, Birmingham pada 15 Mac lalu.

Disebabkan kemalangan itu, lebuh raya tersebut ditutup selama 90 minit.

Malah, lesen memandunya digantung selama tiga tahun dan lapan bulan.

Dan dia juga turut diarahkan untuk mengambil semula ujian memandu. Sumber: Mstar Online. Editor: Atila Atasha

loading...