Video - Viral Cina sembelih ayam


Baru-baru ini, viral di ruangan media sosial video penyembelihan ayam oleh orang bukan Islam. Video itu menunjukkan seorang lelaki yang dipercayai berbangsa Cina melakukan penyembelihan di sebuah premis perniagaan di daerah Kuantan.
Mengambil maklum isu berkenaan, semalam pihak Pejabat Agama Islam Daerah Kuantan tampil menegaskan beberapa fakta penting yang wajar diberikan perhatian.

1. Video tersebut adalah merupakan proses penyembelihan di sebuah premis bukan pemegang ‘Sijil Pengesahan Halal Malaysia’, oleh itu premis tersebut tidak terikat dengan mana-mana piawaian halal dan tiada sebarang tindakan berkaitan halal boleh dikenakan kepada premis tersebut selama tiada sebarang penyalahgunaan perakuan atau penandaan halal di buat,

2. Jualan ayam itu juga adalah bertumpu di pasar pagi di kawasan tersebut sahaja yang mana majoriti peniaga dan pelanggannya adalah berbangsa cina.

3. Sijil Pengesahan Halal Malaysia adalah bersifat sukarela, dan tiada sebarang halangan bagi mana mana pihak untuk menjalankan perniagaan secarah sah.

4. Tidak ada mana-mana orang atau pihak (sama ada islam atau non muslim) boleh membuat sebarang perakuan, atau menggunakan apa-apa ungkapan atau penandaan bagi menunjukkan bahawa mana-mana makanan, barang atau perkhidmatan yang berhubung dengan makanan atau barang-barang tersebut adalah halal kecuali setelah di perakui oleh pihak berkuasa yang berwibawa (JAKIM/Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri(JAIN)).

5. Pihak kami tidak mengesahkan atau menyenaraikan mana-mana permis atau pusat jualan, kerana setakat ini tiada mana-mana premis atau pusan jualan yang telah mendapat pengesahan halal di daerah ini, pengesahan hanya diberikan kepada syarikat pengeluar sahaja,

6. Para pengguna adalah dinasihatkan membeli ayam yang telah mendapat pengesahan halal daripada JAKIM atau badan-badan islam luar Negara yang diiktiraf JAKIM, Pengguna boleh merujuk kepada label bungkusan atau produk yang tiada penandaan yang jelas atau meragukan dari sudit bekalannya, semakan status halal boleh dibuat melalui laman web www.halal.gov.my - Sumber: Harian Metro, Editor Atila Atasha