Video: Wanita Bawa Kekasih Baru Pukul Tunang


Seorang Wanita yang di kenali sebagai Umi Maisara telah memuat naik beberapa keping gambar dan petikkan rakaman cctv yang mendakwa sepupunya telah di pukul.

Menurut Sumber, kejadian berlaku kira-kira jam 4.00pagi di Kg Layang-Layang Kluang Johor. Satu lelaki telah di belasah oleh kira-kira 20 orang termasuk tunang lelaki tersebut turut sama di dalam kejadian tersebut.

Sebelum kejadian, tunang mangsa bersama kekasih barunya menghubungi mangsa untuk berbincang secara baik bagi menyelesaikan masaalah antara mereka.

Apabila sampai di tempat kejadian, tiba-tiba datang 20 lelaki dari pelbagai arah dan memukul terus memukul mangsa.

Menurut sumber lagi, laporan polis telah di buat oleh mangsa tetapi belum ada apa-apa tidakkan dari pihak berkuasa. Tunang mangsa juga telah di katakan turut membuat laporan polis.


Sumber juga mendakwa terdapat bukti perbualan dan cctv yang merakam segala perbuatan tersebut.