Video Wanita Warga Ukraine Lari Selepas Terlepas Dari Tali Gantung

PULAU PINANG: Hari ini Mahkamah Tinggi Pulau Pinang memutuskan seorang warga bebas dari hukuman gantung dan dilepaskan tanpa dipanggil membela diri terhadap pertuduhan mengedar 1.54kg dadah jenis kokain kira-kira dua tahun lepas.

Keputusan dibuat oleh Hakim Datuk Abdul Wahab Mohamed apabila pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie berdasarkan dakwaan kepada tertuduh.

Dakwaan terhadap Lopatkina Klavdiia, 23 tahun melakukan kesalahan itu di Ruang Ketibaan Domestik Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang pada jam 11 pagi, 31 Disember 2015.

Wanita ini telah ditahan ketika dia sedang mengandung sebulan dan sewaktu dalam tahanan reman wanita Ukraine ini telah melahirkan anaknya tetapi telah diambil oleh keluarganya untuk dibawa pulang ke Ukraine.

Ketika perbicaraan, Abdul Wahab mendapati ada percanggahan berhubung identiti dadah itu yang dikemukakan oleh saksi dan tujuh saksi telah dipanggil untuk pendakwaan sepanjang perbicaraan kes itu.

Menurut Abdul Wahab lagi,  saksi yang terdiri daripada pegawai penyiasat, pegawai polis dan ahli kimia memberikan keterangan mengenai bungkusan dadah yang ditemui bersama tertuduh berbeza-beza sehinggakan wujud percanggahan bukti.

Klavdiia boleh didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta yang sama yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Noor Azrul Abdul Rahman mengendalikan pendakwaan dan tertuduh diwakili 2 peguam iaitu Datuk N. Sivananthan dan Low Huey Theng.

Klavdiia ditahan semula oleh pihak Jabatan Imigresen Pulau Pinang kerana memiliki visa tamat tempoh. - Sumber: Bernama  Editor:Nsuhail