Video Zarina Hentam Dira Kerana Malukan Fathia.


Pelakon Zarina Anjoulie yang sudah lama menyepi, kini dia tampil memberi kenyataannya berkenaan cara dan sikap pelakon Dira Abu Zahar, selaku Exco Puteri Umno, yang menyelar Fathia dalam persidangan UMNO baru-baru ini.

Difahamkan, pelakon Zarina telah memuat naik sebuah video yang dimana dia mengatakan dia tidak bersetuju dengan tindakan Dira yang memalukan Fathia menerusi akaun Instagramnya.

Malah beliau turut mengutuk perilaku Dira yang seakan dilihat mahu mencari publisiti dalam persidangan tersebut.

Menerusi video dan status berkenaan, Zarina juga kelihatan tidak gentar untuk mengecam Dira malah dia turut menyuruh pengikutnya di Instagram untuk 'tag' Dira supaya pelakon berkenaan sedar akan kenyataan yang dikeluarkan oleh Zarina.

"Memang lah Fathia ada cakap sesuatu tetapi tidak perlu sampai mengaibkan dia,", tulis Zarina.

Sementara itu, rata-rata netizen juga bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Zarina.

"Islam pun melarang kita memalukan orang macam tu, siap perli sinis lagi," komen netizen. Sumber: Hangat.com. Editor: Atila Atasha