Sabtu, 16 Disember 2017

Wan Norazlin Tegur Rakan Artis Yang Melakukan Perkara Bertentangan Dengan Islam


Tanggungjawab seorang muslim ialah berdakwah dan menegur apabila belajar dengan mendalam lagi tentang agama islam begitulah yang dirasakan oleh Wan Norazlin, pelakon yang telah berhijrah ke arah lebih baik.

Ketika berada di set pengambaran, Wan Norazlin,49 akan mengambil peluang untuk menyampaikan sesuatu untuk kebaikan bersama.

Jika perlu menegur apabila melihat ada sesuatu yang tidak betul dan bertentangan dengan ajaran agama islam di set penggambaran akan ditegur olehnya dengan cara menegur kearah kebaikan dan dia tidak kisah jika individu yang ditegur itu tidak menerima tegurannya yang ingin disampaikan.

Pelakon wanita ini juga sering mengikuti kelas-kelas pengajian agama merasa teguran itu tanggujawabnya bukan untuk menghukum.

Kemudahan media sosial yang ada kini turut dimanfaatkan oleh Wan Norazlin untuk menyampaikan dakwah kerana pendapatnya ilmu yang ada perlu disebarkan dan dimanfaatkan bersama.

Sering memuatnaik status di laman media sosial yang mengajak pengikut instagram serta rakan artis supaya menanam minat untuk mendalaami ilmu agama dengan mengikuti kelas pengajian agama.

Apa yang dilalui dahulu sewaktu terperangkap didalam hidup yang jahil banyak mengajarnya dan dia merasakan kini dia perlu lebih membersihkan jiwa kearah kebaikan.

Di akui pelakon sering muncul dilayar kava dengan watak seorang ibu sejak akhir ini bahawa jiwanya kini lebih tenang dan ilmu yang dipelajari bukan kerana orang lain tetapi untuk dirinya sendiri.

Penampilan bersama Datuk Jalaluddin Hassan, Fasha Sandha, Elizad Sharifuddin dan Zarul Husin,Wan Norazli akan muncul dalam drama Syurga Yang Kedua bersiaran di Astro Prima dan Maya HD bermula 12 Disember lalu. Editor: Nsuhail